Posts

Sifat manusia yang berkeluh kesah

Sudah dinyatakan Dalam kitab yang agung Tentang manusia  Yang dijadikan dengan sifat Berkeluh kesah Apabila ditimpa kesusahan, dia akan gelisah Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia sangat kedekut Surah al ma'arij ayat 19 - 21. Nyata sekali, sifat ini sifat yang buruk.  Yang wujud di dalam diri manusia. . Ada hikmahnya dijadikan sifat ini, Ielam.mengajarkan juga cara mengatasinya. Dengan jalan kebaikan Dengan jalan mendekati Allah Solusinya pula dinyatakan dalam ayat seterusnya

Tahajud solat malam

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS SOLAT MALAM AMALAN ORANG SOLEH عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ  Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dapat mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam seperti tahajud dan witir. كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ “Mereka sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon keampunan (k...

Beristighfar semasa sahur

Image
Antara ciri-ciri orang yang beriman Seperti disebut di dua tempat ini Tidak ada waktu terbaik Selain waktu sahur Istighfarmu akan lebih bermakna Selamat beramal! 1. Surah Ali Imran ayat 17 Terjemahan hujung ayat ini: 2. Surah adz dzariyat ayat 18

Hadirkan kebaikan, jauhkan keburukan

Image
. Pada hari kiamat itu Manusia mahukan kebaikan yang dikerjakannya Dibentangkan sebanyaknya Dan apa saja kejahatan yang dikerjakannya Dijauhkan sejauh Timur dan Barat . .

Rejab menuju Ramadhan

 Rejab Menuju Ramadan  Bulan Rejab adalah salah satu daripada empat bulan haram (asyhurul hurum), iaitu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Firman-Nya: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram…” (Surah At-Taubah: 36) Empat bulan haram tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab. Bulan ini memiliki keistimewaan kerana dosa yang dilakukan lebih berat, manakala kebaikan yang dilakukan digandakan pahalanya. Justeru, ini adalah peluang untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan amal soleh sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan yang lebih mulia. Keutamaan Bulan Rejab 1. Bulan Haram yang Dimuliakan Allah Rejab adalah bulan yang diberi kehormatan khusus oleh Allah SWT. Dalam bulan ini, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak ibadah dan menghindari dosa, kerana dosa yang dilakukan dalam bulan haram dianggap lebih besar, manakala pahala bagi ama...

SIRI 8: Memahami bacaan dalam solat

SIRI 8: Link ke YT kelebihan menyebut alhamdulillah. kita puji Allah dgn penuh rasa cinta dan takzim, agungkan Allah. yg mana kita cepat nak puji? orang yg buat baik dgn kita atau Allah yg bg nikmat? sepatutnya puji Allah lagi banyak sbb Allah bg lagi banyak.  Bani Israel byk Allah bg nikmat, tapi tak puji Allah. Allah bg reminders disebut dlm alquran. punca tak puji Allah kerana tak rasa Allah yg bagi. kita belum kenal Allah. orang yg buat baik dgn kita tu, Allah yg gerakkan hati dia. @10:00 sepatutnya mulut kita sebut alhamdulillah - banyak2. di hospital - macam2 sakit dan penyakit. @10:50 Apa nikmat yg paling besar yg Allah bg pada kita? Nikmat Allah kpd Nabi Sulaiman - bercakap dgn haiwan, jin. angin. Surah an-Naml ayat 15: Allah bg rahmat, ilmu. @18:00 Ilmu apa yg paling besar?  sumber ilmu dari al-quran. surah al-kahfi ayat 1: segala puji bg Allah, sbb telah turunkan kitab yg lurus. surah ar-rahman ayat 1 - 2: Allah ajarkan al-quran kpd manusia. Sifat orang terbaik di at...

10 self talk yang jadikan saya hebat dan bahagia

Image
PENEGUHAN DIRI = SELF AFFIRMATION 1. tahun ini adalah tahun bertuah saya. 2. setiap hari saya semakin sihat & jiwa saya semakin tenang. 3. saya cintai dan terima diri saya seadanya. 4. saya sedar masa lepas tak boleh putar semula, yg berlaku tetap berlaku. 5. saya memilih utk berdamai dgn takdir saya sendiri. 6. saya tidak akan bimbang lagi ttg masa hadapan. 7. saya maafkan siapa yg pernah sakiti diri saya. 8. perkara negatif sebenarnya menjadikan saya lebih kuat & hebat. 9. keupayaan dan potensi saya tiada hadnya. 10. kasih sayang Tuhan sentiasa berserta dgn saya. - Prof Mas.