SIRI 8: Memahami bacaan dalam solat

SIRI 8:

Link ke YT


kelebihan menyebut alhamdulillah.

kita puji Allah dgn penuh rasa cinta dan takzim, agungkan Allah.


yg mana kita cepat nak puji? orang yg buat baik dgn kita atau Allah yg bg nikmat?

sepatutnya puji Allah lagi banyak sbb Allah bg lagi banyak. 


Bani Israel byk Allah bg nikmat, tapi tak puji Allah.

Allah bg reminders disebut dlm alquran.


punca tak puji Allah kerana tak rasa Allah yg bagi. kita belum kenal Allah.

orang yg buat baik dgn kita tu, Allah yg gerakkan hati dia.


@10:00 sepatutnya mulut kita sebut alhamdulillah - banyak2.


di hospital - macam2 sakit dan penyakit.


@10:50

Apa nikmat yg paling besar yg Allah bg pada kita?


Nikmat Allah kpd Nabi Sulaiman - bercakap dgn haiwan, jin. angin.


Surah an-Naml ayat 15: Allah bg rahmat, ilmu.


@18:00

Ilmu apa yg paling besar?  sumber ilmu dari al-quran.


surah al-kahfi ayat 1: segala puji bg Allah, sbb telah turunkan kitab yg lurus.


surah ar-rahman ayat 1 - 2: Allah ajarkan al-quran kpd manusia.


Sifat orang terbaik di atas bumi - yg belajar dan mengajarkan al-quran.


1. nikmat yg paling besar adalah ilmu.

2. ilmu yg paling hebat adalah al-quran.


ibubapa habiskan masa belajar mcm2 - swimming, silat, bulan sabit.

kenapa tak hantar belajar al-quran?


kalau dapat musibah - alhamdulillahi kulli hal


@28:02 kelebihan sebut alhamdulillah:

#1. orang yg selalu sebut alhamdulillah di dunia, jadi calon ke syurga.


surah az-zumar ayat 74: dlm syurga boleh nampak, segala puji kpd Allah yg mewariskan bumi syurga dan kami ambil mana2 tpt dari syurga ikut suka hati.


pilihan nak masuk syurga tingkat mana, masa di dunia. bukan di akhirat.

syaratnya berdasarkan amalan di dunia.


kalau ibubapa lebih tinggi tingkat syurga, ibubapa boleh tarik anak ke tingkat atas syurga.


takde ayat quran, kalau anak di tingkat atas, boleh tarik ibubapa ke tingkat atas.


kerja di dunia = beriman dan beramal soleh.


surah ar-rum ayat 44:


sekarang keje, persiapkan utk hidup yg lebih selesa. rumah yg lebih besar.

sebenarnya amal soleh, kita sedang mempersiapkan akhirat yg lebih selesa.


solat - melepaskan batuk di tangga >> tak bersiap lah tu.


kerja ahli syurga = memperelokkan amal ibadah (semasa di dunia).


@46:00 Hadis:

bila makan, sebut alhamdulillah. >> Allah redho.

bila minum, puji Allah >> Allah redho.


mana lebih penting, redho Allah atau makanan sedap?


@48:00 Hadis 2: siapa yg baca

subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illa llah, allhuakbar.

dapat satu pokok di syurga. tanam pokok di syurga, maknanya kita layak dah masuk syurga.


@52:00 Hadis 3: sebut alhamdulillah saja, memberatkan timbangan (amalan baik).

kalau subhanallah dan disambung dgn alhamdulillah, pahalanya memenuhi langit dan bumi dan antara keduanya.


kita tahu sbb ada ilmu, baru belajar - terus buat.


ini ganjaran di akhirat.

basahkan dgn zikir2 - di dunia kita lebih tenang ketika ada masalah.


@58:00

Surah ar-ra'du ayat 28: Allah puji - orang2 yg beriman dan hati tenang (dgn zikir). ingatlah, hanya (HANYA) dgn berzikir kpd Allah, hati akan jadi tenang.


jgn mengeluh. lawan sabar adalah marah.

apa makna marah? menahan diri daripada marah, dan bercakap (mengeluh).

sbb jarang berzikir, jiwa tak tenang, mula nak komen, nak marah.


Kisah nabi Yaakob:

hilang anak yg paling dia sayang (Yusuf). kemudian hilang lagi sorang (Bunyamin).

Nabi Yaakob mengadu hanya kpd Allah saja. Allah puji.


di satu pertiga malam, sapa yg berhajat, Aku nak kabulkan. 

kenapa kita tidur?


sahabat: mengadu pd manusia, dia suruh balik - solat dan mengadu kpd Allah.


@1:09:00 sambung ayat ke3 surah al-fatihah. = ar-rahmanir rahim.


"rabbil aalamin"

pencipta, pemilik seluruh alam.

pengurus hidup kita.

pendidik kita - turunkan alquran, Rasul.


Q: Rahman VS Rahim (pengasih VS penyayang)


ar-rahman lebih umum - utk semua makhluk

ar-rahim - khusus utk orang yg beriman. Allah bg taufik dan hidayah hanya kpd orang yg beriman.


Q - dlm bismillah... dah sebut sifat Allah ni, kenapa diulang lagi dlm ayat 3 ni?

aku hebat, pemilik, pencipta - tapi aku bersifat pengasih dan penyayang.


kalau kita tahu orang yg pengasih dan penyayang, kita nak jumpa selalu2. 

solat biar awal waktu. look fwd nak jumpa Allah.

carilah rahmat Allah melalui al-quran.


@1:20:55 Ayat 4 = maalikiyau middin


maalik = pemilik

malik = raja


dua2 sifat Allah = Raja yg memiliki.

ada orang yg memiliki tapi bukan raja.

ada orang dia raja tapi bukan memiliki.


Q - kenapa logiknya lepas ar-rahman nirrahim, Allah sebut pemilik hari pembalasan.

hari pembalasan tu Allah saja yg punya. yang berkuasa.

hari dunia ni terasa manusia yg punya.


di dunia ada pilihan, tapi balas di akhirat nanti.


sbb itu adanya hari akhirat, supaya keadilan dpt ditegakkan.

di dunia dia lepas, tapi di akhirat ttp dibalas.


surah ghafir/mukmin ayat 40:

di pdg mahsyar, tiada sesuatu pun yg tersembunyi daripada pengetahuan Allah.


semua manusia akan hadir - Biden, Donald trump, KPN, PMX, Agung.

semua malaikat akan berbaris. tak boleh bergerak dan bercakap.

Allah tanya - kerajaan milik siapa hari ini? Allah yg Esa dan maha berkuasa.


@1:30:32

surah ? ayat 37 - 38.


Rabb = pencipta, pemilik, pengurus, pendidik.


Walau Allah adalah Rabb, tapi Allah ar-Rahman.

semua berdiri berbaris secara saf. tak bercakap.


@1:35:00

surah Luqman, ayat 4:


ciri2 muslimin:

- sentiasa mendirikan solat. awal waktu, khusyuk, wuduk.

- zakat, puasa adalah amalan.

- yakin pd akhirat adalah amalan. manusia takkan beribadat selagi tidak yakin pd hari akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup