Lima Rahmat di bulan Ramadhan
NOTA KULIAH - CERAMAH USTAZ AMIN
Rujukan:
Tajuk: Jenis Jin Yang Tak Kena Ikat Waktu Bulan Ramadan - Ustaz Muhammad Al Amin
@2:40
RAHMAT RAMADHAN #1: pahala puasa dan pengampunan
Apa beza puasa di bulan Ramadan dengan bulan2 lain?
Kita dapat pahala berpuasa dan dalam masa yang sama, dosa2 diampunkan (walaupun kita sendiri tak minta ampun).
Secara fitrah, semakin dewasa semakin nak jadi baik. tapi terlupa nak bertaubat.
Nabi tahu ni, minta dengan Allah.
@6:58
Pahala orang berpuasa tinggi dan boleh menyusut, tapi dosa2 tetap diampunkan.
@7:50
RAHMAT RAMADHAN #2: bulan penuh berkat.
berkat = percambahan kebaikan.
umur, harta, ilmu - makin berkat, bercambah kebaikan.
Kita mampu beramal - tahajud/terawih/puasa sampai ke hujung hari.
Itu sebab orang yg tahu akan minta wujudnya Ramadan sepanjang tahun.
Barakah bumi Palestin - jadi berani, jiwa kental.
Barakah bumi Mekah - mudah menangis/lembut hati.
Barakah ziarah orang alim - buka kesilapan kita, rasa nak jadi baik.
Barakah Ramadan - mudah beribadah.
@15:50
RAHMAT RAMADHAN #3: syaitan diikat.
Syaitan ni apa?
Syaitan dari kalangan jin, dah duduk di dunia ni sebelum Adam.
@19:17
Tentang jin bernama Azaz-il:
Azaz-il disuruh sujud kepada Adam, dia tak mahu sebab Adam dia dibuat dari tanah. Dia dibuat dari api, merasakan dia lebih baik kejadiannya.
Allah murka dengannya. Allah halau dari syurga.
Tapi Allah tetap bg peluang.
Sepatutnya dia boleh bertaubat (spt Adam) tapi tidak.
Katanya, oleh kerana aku telah menjadi sesat, aku bersumpah:
1. aku akan elokkan maksiat di mata anak Adam,
2. aku akan sesatkan mereka semuanya.
Elokkan maksiat:
- tak rasa dosa pun, kalau anak derhaka dgn ibubapa.
- tak rasa dosa pun, kalau isteri tak taat kpd suami.
Lalu turun lah ke bumi, jumpa jin2 di dunia - yang Islam dan yang kafir.
Ramailah jin-jin yang ikut Azazil adalah jin2 kafir (mafia).
Yang diikat semasa bulan Ramadhan adalah jin-jin yang kafir ini.
Jin-jin Islam tidak diikat, masih boleh beramal ibadah.
Ustaz pernah melawat penjara jin di Baitul Maqdis.
Rupanya ada ilmu menangkap dan mengikat jin2. Perawat-perawat Islam tahu tentang ilmu ini.
Kenapa manusia masih lagi buat dosa masa Ramadan?
Sebab golongan manusia yang dah perangai mcm syaitan/jin.
Orang yang beriman dapat bezakan bisikan2. Bulan Ramadan tak ada syaitan, jadi boleh bezakan.
@31:00
Apa beza bisikan syaitan dgn bisikan nafsu?
bisikan nafsu - merengek-rengek.
bisikan syaitan - merancang dan meragukan.
@36:20
RAHMAT RAMADHAN #4: gandaan pahala
Kelebihan umat Muhammad, satu-satunya umat yang diberi gandaan pahala, seperti amalan 1000 tahun.
cth:
Solat berjemaah - pahala 27 kali ganda.
kalau lazimkan berjemaah 10 tahun, pahala 270 kali ganda.
Kalau kita sudah istiqomah dengan sesuatu amalan, kalau sakit dan tak buat amalan itu, pahala tetap diberi.
Lailatul Qadar - maghrib sampai ke Subuh.
- digandakan 1000 bulan = 1 tahun 4 bulan.
Di malam Lailatul Qadar, semua amalan digandakan pahalanya 1000 bulan.
solat berjemaah - dapat pahala 1000 bulan.
solat terawih - dapat pahala 1000 bulan.
sedekah - dapat pahala 1000 bulan.
gantung langsir - dapat pahala 1000 bulan.
Kesimpulan:
Nak buat baik, jangan tangguh.
Orang mati pun nak minta hidup balik. menyesal tak buat baik.
Mutiara kata:
Hidup ini,
Jangan cari puas hati tapi carilah ubat hati.
Apakah itu ubat hati? baca quran, zikir harian, puji Allah, istighfar.
@46:00
RAHMAT RAMADHAN #5: adanya zakat fitrah
Zakat harta, tak semua orang mampu.
Zakat fitrah, wajib tapi utk setiap orang, dengan 3 syarat:
1. Islam,
2. sempat melalui dua masa (sebahagian Ramadan, sebahagian Syawal)
3. mampu ada makanan, tempat tinggal.

Comments
Post a Comment