Allah kan ada...

 




Jangan bersedih atas apa yang telah الله ambil dari kita, kerana dia akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik , jika kita bersabar dan bersangka baik .


Ada perkara yang kita kehendak dan Allah juga berkehendak, namun kehendak Allah yang terbaik untuk hamba NYA. 


Saidina Ali pernah berkata..

"Jika doa aku dikabulkan, aku gembira, jika doa aku tak dikabulkan, aku 2 kali gembira." Sebab, doa yang  dikabulkan adalah perancangan aku, doa yang tak dikabulkan adalah perancangan Allah swt"


Memang perit dan kecewa bila kita tidak dapat apa yang kita kehendaki malahan apa yang kita alami itu memberi kesan kepada kehidupan kita namun just say ALLAH KAN ADA, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MENGURUS. Lagi pun ini semua milik DIA.. Lepaskan, lepaskan, lepaskan.


Dalam hidup ini kita hanya MENIKMATI tanpa MEMILIKI. Kita hanya melalui proses kehidupan dengan Jalani, Nikmati, Tiada Keakuan dan Tiada Kemelekatan, Lepaskan dan Bersyukur atas segala nikmat yang di beri.


Allah lebih mengetahui (Allah A'lam) menegaskan bahawa ilmu Allah SWT Maha Luas, meliputi segala yang nyata dan  tersembunyi, masa lalu, kini, dan hadapan, sementara ilmu manusia sangat terbatas. Manusia sering menyukai perkara baik atau membenci perkara buruk,  namun Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya, termasuk rahsia di dalam dada. 


Pegang lah kepada perkara perkara ini : 


Ketentuan Terbaik: 

Setiap perkara yang berlaku, baik atau buruk dalam pandangan manusia.


Ilmu Tanpa Batas:

Allah mengetahui apa yang tersembunyi, bisikan hati, dan niat, serta perkara perkara yang belum berlaku.


Hikmah di Sebalik Musibah

Allah mengetahui yang terbaik, maka tidak ada sesuatu yang dijauhkan atau ditunda kecuali terdapat kebaikan di sebaliknya.


Larangan Mensucikan Diri:

Manusia tidak boleh sombong dengan amalan sendiri, kerana hanya Allah yang tahu siapa yang benar-benar bertaqwa. 


Oleh itu, manusia diajar untuk berserah diri (tawakkal), menjaga niat, dan yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. 


Sebab itu bila kita dalam perjalanan kerohanian ini, kita mungkin akan mendengar kata kata  ini ; 


- Ya Allah, Aku leburkan Kehendak Ku dalam Kehendak Mu.

- Aku leburkan keperluan ku dalam keperluan Mu.

- Aku leburkan Qudrat ku dalam Qudrat Mu

- Aku leburkan Iradat ku dalam iradat mu.


Maka cari lah  HIKMAH sesuatu kejadian itu, satu perkara yang kita sangat bersyukor adalah diri semakin dekat kepada NYA. Makin merindui dan mencintai NYA. Bukan kah itu yang terbaik dalam  hidup kita.. Itu yang keluar perkataan HANYA ALLAH, UNTUK ALLAH DAN SEGALA NYA ALLAH


Maka berdamai lah dengan TAKDIR yang kita terima. Keputusan yang kita buat akan tidak lari dari TAKDIR kita.

Comments

Popular posts from this blog

Doa - sekali baca seumur hidup

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kata-kata hikmah 2