Bagaimana untuk ikhlas
JIWA TARBAWI 303
Seorang yang diberikan keikhlasan dalam amalannya....
....tidak terganggu dek manusia dan syaitan, samaada pujian atau celaan manusia mahu pun gangguan syaitan.
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٨٢﴾ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِينَ ﴿٨٣﴾
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,(82) kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlas ( diberikan keikhlasan ) di antara mereka.(83)
Shaad : 82-83
قال أبو القاسم القشيري رحمه الله تعالى : الإخلاص تصفية الفعل عن ملاحظة المخلوقين
Abul Qosim Al Qusyairiah juga mengatakan, “Ikhlas adalah membersihkan amalan dari perhatian (ulasan) manusia.”
وعن ذي النون رحمه الله تعالى قال: ثلاث من علامات الإخلاص استواء المدح والذم من العامة ونسيان رؤية العمل في الأعمال واقتضاء ثواب الأعمال في الآخرة
Dari Dzun Nuun RahimahulLahu ta'ala, menyebutkan tiga tanda ikhlas:
1. Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.
2. Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.
3. Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).
(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi)
Kerana ia tahu dan yakin...
Allah ta'ala yang menilai amalannya ..
Allah ta'ala yang memberinya pahala amalannya...
Allah ta'ala yang mengetahui rahsia keikhlasan dalam hatinya...
Allah ta'ala yang akan menghisab dan menimbang amalannya...
Allah ta'ala yang akan memberi rahmatNya di akhirat nanti...
Allah ta'ala yang memasukkannya ke dalam syurgaNya sebagai janji rahmatNya...
Justeru, ia akan jadi seorang hamba yang istiqamah hingga ke akhir hembusan atau sedutan nafasnya kerana ia mahukan Allah 'azza wa jalla menerimanya di akhirat nanti...
sukarnya..namun inilah mujahadah yang perlu dilalui..
ABi
Comments
Post a Comment