Kisah di sebalik awal Zulhijjah

*Puasa 1 – 9 Zulhijjah*

HARI
PERISTIWA

KELEBIHAN PUASA

1 Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

2 Zulhijjah

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.

8 Zulhijjah

Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.

9 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.

1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.

2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.

3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

*Hari Raya Aidiladha* dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

Wallhuaklam

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2