Iktibar dari peristiwa Israk Mikraj
Ummi dalam perjalanan ke Melaka. Hujan turun renyai-renyai, langit mendung gelap. Sayu je lihat persekitaran. Teringat kelas pagi tadi. Kita cerita tentang rahsia Asmaulhusna dalam menjadi hamba yang bertaubat lagi bersyukur atas nikmat Allah. Jari ini laju sahaja tekan israk mikraj tentang wanita. Kan semasa peristiwa itu Rasulullah telah lihat dan menyaksikan neraka dan penghuni neraka. Sesungguhnya ahli neraka itu ramai wanita dan orang kaya ditahan masuk syurga kerana dihisab. Paling best yang ramai masuk syurga orang miskin. Setelah peristiwa itu, Rasulluah menangis mengenangkan ramai yang diazab neraka. Jadi inilah hasil tangkapan MokCikGebus untuk kalian, meh baca nota dari Rasulullah s.a.w. . #Ramai_Perempuan_Penghuni_Neraka Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripad