Mendidik cara Islam
Perkongsian dari grp Surau AlMunawwarah Sec 13👇
0-6 tahun
Golden Age?
Merujuk pada apa Golden Age ni?
Bukan Flash Cards
Bukan Hafazan Al Quran
Bukan Solat
Bukan Buku kanak-kanak
Bukan Educational Toys
Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka
Bukan Nursery Rhymes
Rupanya silap banyak sangkaan saya
Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran
Nasihat pertama berbunyi:
" Wahai Anakku,,Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar"
Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH
eh..kenapa tak sebut solat dulu?Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman
Rupanya anak yang dberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti
.
.
Bagaimana pula dengan didikan kenal Al Quran dan ajar solat seawal kecil?
Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan..
cuma jangan terlalu disibukkn dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan Aqidah
Membaca Al Quran dan Hafazan hanya merupakan skill yang kita mahu anak kuasai
Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam Aqidah
Soalannya..
Bgaimana mahu tanamkan Aqidah dalam diri anak kecil?
(Tips ini untuk anak yang 2 tahun keatas)
1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya
"Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?" soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut
"Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?'
Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah
Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma' ul husna)
Contoh jawapan saya beri:
"Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.
.Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar..
Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?"
Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak
Contoh:
"Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?"
"Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?"
Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia
Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya..
2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim..
Bukan Allah yang garang..Bukan Allah yang suka menyeksa
Yang ni aspek paling penting!
Ramai yang silap didik anak bab ini..
kenapa kena solat?
Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)
Tukar ayat ke:
Kenapa kena Solat?
Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?
Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau Neraka
Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim
Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya
Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikkan yang Allah suka
saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti
Mudah untuk mendorong anak buat kebaikan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim
3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah..
PUJI mereka
Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa
Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan
Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu..
jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)
Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun..
Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap..saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa "Allah ada..jangan takut " lalu dia tidur dengan lena.
PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah,
kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah "desirable attitude" (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.
Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai "desirable attitude" yang kita mahu mereka ada dari kecil..
Aapakah desirable attitude yang kita mahu?
Anak sentiasa merasa Allah berada dimana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka
Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau Haram
Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah
Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca Al Quran dan Hadith
.
.
Semoga penulisan ini membawa manfaat bagi yang sabar membaca dan silakan 'SHARE' untuk ilmu yang berpanjangan.
Comments
Post a Comment