Pengajaran dari Al Kahfi

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan Surah Al-Kahfi nie sampai boleh lindungi kita dari Dajjal?
Takkan baca jea dah boleh terhindar? 🤔🤔🤔

Pernah terfikir camni?

*Surah Al-Kahfi mengandungi EMPAT KISAH UTAMA:*
1) Pemuda gua (Al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu nie tapi tak dapat nak relate dengan Dajjal.

*Betul tak?*

SO HERE WE GO..

*Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (UJIAN) yang dahsyat:*
Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

GUESS WHAT?
4 fitnah nie juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!
😱😱😱😱

Dah mula nampak perkaitan Surah Al Kahfi dengan Dajjal?

Di sinilah relevannya baca Surah Al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ini bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!

*Bagaimana?*

Fitnah Aqidah - Bersahabat dengan orang soleh.Para pemuda Al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingati akhirat.

Fitnah Harta - Mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.

Fitnah Ilmu - Kena tawadhu'/rendah diri.Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir.

Fitnah Kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari ALLaH swt.

Tapi ada yang lagi mind blowing...

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, Surah Al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah *DAKWAH!* 😱

Tak percaya? Hehe.

*Bukankah para pemuda Al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?*

*Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?*

*Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?*

*Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?* ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.
And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah Iman, Harta, Ilmu dan Kuasa.

*Bagaimana?*

*Fitnah Iman:*
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan.Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

*Fitnah Harta:*
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

*Fitnah Ilmu:*
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu.Dia akan buat benda yang selama nie manusia ingat mustahil.

*Fitnah Kuasa:*
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi ini (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah Al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal?
It makes sense right?

Jadi lepas nie, bila baca Al-Kahfi, janganlah baca macam tu aje.
Baca dan cuba fahami maksud itu yg paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal itu in a way dah ada pun zaman sekarang nie.
Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan Al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca Al-Quran setiap hari.
Moga ada barakahnya!

Hanya ALLaH swt Maha Mengetahui setiap sesuatu
kejadian..

*SURAH AL KAHFI*
Orang yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum Hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan Surah Al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum Hadith)

Sumber: Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.

*Si FAKIR bin MISKIN*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2