Syaitan istimewa

'SYAITAN ISTIMEWA' YANG TIDAK DI RANTAI TIKA RAMADHAN

Bertanya seorang murid pada gurunya;
"Jika semua syaitan telah dirantai pada bulan Ramadan,kenapa masih wujudnya lagi maksiat2 pada sebilangan besar dari manusia?".

Lalu gurunya menjawab;
"Sesungguhnya ramai dikalangan manusia sering menyalahkan syaitan atas maksiat2 yg mereka lakukan.Maka hikmah yg Allah SWT ingin zahirkan di bulan Ramadan adalah untuk menjelaskan bahawa maksiat itu bukanlah datang dari syaitan, bahkan ianya adalah datang dari diri manusia itu sendiri".

"Terbelenggunya syaitan2 di bulan Ramadan adalah supaya manusia dapat tahu & sedar akan hakikat dirinya sendiri.Kerana boleh jadi dirinya sendiri itulah adalah syaitan yg mana tidak memerlukan syaitan yg sebenar pun utk merosakkan dirinya".

"Andai kamu ingin mengenali hakikat diri kamu yg sebenar,maka kenalilah dirimu itu sendiri di bulan Ramadhan yg mulia ini.Kerana syaitan2 sudah tentu kesemuanya telah dibelenggu dirantai dan yg tinggal hanyalah dirimu sahaja semata2 !!".

Gurunya itu kemudian menyambung bicara;
"Andai lidah kamu masih gemar berkata nista,andai tangan kamu masih gemar berbuat keji, andai telinga kamu masih gemar mendengar laqha,andai mata kamu masih gemar kepada yg haram,maka tudinglah semua kesalahan itu pada dirimu sendiri".

"Dan andai kamu adalah orang yg suka mengajak, mempengaruhi & merangsang orang lain supaya berbuat keji,berkata nista,membina permusuhan, perseteruan,perkelahian,provokasi,kondem orang, mengata2,adu domba,bongkak,angkuh,hasad dengki,
merasa diri yg paling bagus,suka memecah belah, suka menimbulkan fitnah,suka berbuat lagha,mksiat
& perkara yg keji serta haram yg lain seumpamanya, maka sedarlah bahawa diri kamu sendiri itulah adalah merupakan 'syaitan istimewa' yang tidak di rantai pada bulan puasa ini !!".

"Lebih2 lagi jika yg menjadi syaitan itu adalah ahli ilmu,talib ilmu dan agamawan alim setara mana sekalipun....Adakah dapat diterima akal untuk digalaskan segala tugas2 menegakkan agama yg mulia ke atas bahu syaitan-syaitan yg keji ?!!".

Hasbunallah wani'mal wakil...

Credit:Ibn Shihab al Dimashqy,Tarim Hadra Maut

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup