Merenung Ramadhan yang pergi
JIWA TARBAWI 439
Merenung waktu di bulan Ramadhan yang semakin berlalu...
Imam Ibnul Qayyim Al Jauzi rahimahullahu ta'ala menyebut dalam kitabnya, Al Fawaaid ( الفوائد ) :
وَأعظم هَذِه الإضاعات إضاعتان هما أصل كل إِضَاعَة إِضَاعَة الْقلب وإضاعة الْوَقْت فإضاعة الْقلب من إِيثَار الدُّنْيَا على الْآخِرَة وإضاعة الْوَقْت من طول الأمل فَاجْتمع الْفساد كُله فِي إتباع الْهوى وَطول الأمل وَالصَّلَاح كُله فى اتِّبَاع الهدى والاستعداد للقاء .
( الفوائد : ج ١، ص ١١٢ )
Sebesar-besar perkara yang sia-sia itu ada dua. Ianya punca kepada perkara sia-sia yang lain. ( iaitu) Mensia-siakan hati dan mensia-siakan waktu. Mensia-siakan hati adalah kesan cintakan dunia terhadap akhirat. Mensia-siakan waktu ialah disebabkan panjang angan-angan. Maka terhimpun kerosakan seluruhnya di dalam menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Maka pengislahan (perbaikan ) terhadap kerosakan ini ialah dengan mengikuti petunjuk hidayah dan bersiap sedia untuk pertemuan dengan Allah ta'ala di akhirat..
Dan katanya lagi :
إِضَاعَة الْوَقْت أَشد من الْمَوْت لِأَن إِضَاعَة الْوَقْت تقطعك عَن الله وَالدَّار الْآخِرَة وَالْمَوْت يقطعك عَن الدُّنْيَا وَأَهْلهَا
( الفوائد : ج ١، ص ٣١ )
Mensia-siakan waktu lebih bersangatan dahsyat daripada kematian kerana mensia-siakan waktu memutuskan engkau daripada Allah ta'ala dan negeri akhirat, manakala kematian hanya memutuskan engkau daripada dunia dan ahlinya.
Justeru, perhalusilah pengisian waktu di dalam umur hidupmu agar punya nilai yang tinggi di sisi Rabbmu di akhirat nanti...
Imam Ibnu 'Athoillah As Sakandari berkata ( Tajul 'Arus ) :
والله ما عُمرك من أوّل يوم وُلدتَ بل عُمرك من أوّل يوم عرفتَ الله تعالى
" Demi Allah, Bukanlah umurmu bermula daripada awal hari kelahiranmu, bahkan ianya bermula pada hari engkau mula mengenal Allah ta'ala ".
ABi
Comments
Post a Comment