Menjadi hamba Allah
🌿 MENJADI HAMBA-ALLAH…. 🌿
سُبۡحٰنَ الَّذِىۡۤ اَسۡرٰى بِعَبۡدِهٖ لَيۡلًا مِّنَ الۡمَسۡجِدِ الۡحَـرَامِ اِلَى الۡمَسۡجِدِ الۡاَقۡصَا الَّذِىۡ بٰرَكۡنَا حَوۡلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنۡ اٰيٰتِنَا ؕ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيۡعُ الۡبَصِيۡرُ ﴿۱﴾
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (17:1).
📍 Allah menyebut bahawa Dia menjalankan HAMBA-NYA pada waktu malam (Isra’). Jumhur ulamak berpendapat bahawa berjalannya Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ adalah jasad dan ruh. Dalilnya adalah kalimah ‘abduhu (hamba-Nya).
📍 Kalimah hamba yang digunakan kepada Nabi SAW adalah lafadz ketinggian martabat Rasulullah SAW di sisi Allah. HAMBA ALLAH adalah panggilan kepada orang-orang mulia termasuk rasul dan nabi-nabi. Maka antara nama-nama yang baik pada manusia ialah Abdullah (hamba Allah).
📍 Nabi Ya’kub AS dikenali sebagai Israel yang bermaksud (Hamba Allah) dalam Bahasa Yahudi. Gelaran itu sesuai dengan kemuliaan dirinya sebagai nabi dan rasul. Para rasul yang lain juga disebut sebagai Hamba ketika Allah menyebut tentang mereka. Lafadz itu adalah satu kemuliaan. Alah menggunakan lafadz ‘Abdu ketika memuji para nabi.
ذُرِّيَّةَ مَنۡ حَمَلۡنَا مَعَ نُوۡحٍؕ اِنَّهٗ كَانَ عَبۡدًا شَكُوۡرًا ﴿۳﴾
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur. (17:3).
📍 Allah SWT memuji Nabi Nuh AS. Allah memuji Nabi Sulaiman AS sebagai hamba-Nya.
وَوَهَبۡنَا لِدَاوٗدَ سُلَيۡمٰنَ ؕ نِعۡمَ الۡعَبۡدُ ؕ اِنَّـهٗۤ اَوَّابٌ ؕ ﴿۳۰﴾
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman dia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat). (38:30).
📍 Allah juga menyebut Nabi Isa sebagai hamba-Nya.
لَنۡ يَّسۡتَـنۡكِفَ الۡمَسِيۡحُ اَنۡ يَّكُوۡنَ عَبۡدًا لِّـلَّـهِ وَلَا الۡمَلٰٓٮِٕكَةُ الۡمُقَرَّبُوۡنَؕ وَمَنۡ يَّسۡتَـنۡكِفۡ عَنۡ عِبَادَ تِهٖ وَيَسۡتَكۡبِرۡ فَسَيَحۡشُرُهُمۡ اِلَيۡهِ جَمِيۡعًا ﴿۱۷۲﴾
(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah) dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta dia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya. (4:172).
📍 Allah memuji Nabi Ayub AS yang sabar menanggung ujian Allah berupa penyakit.
اِنَّا وَجَدۡنٰهُ صَابِرًا ؕ نِعۡمَ الۡعَبۡدُ ؕ اِنَّـهٗۤ اَوَّابٌ ﴿۴۴﴾
Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; dia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya). (38:44).
📍 Alah memuji Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi Ya’kub AS.
وَاذۡكُرۡ عِبٰدَنَاۤ اِبۡرٰهِيۡمَ وَاِسۡحٰقَ وَيَعۡقُوۡبَ اُولِى الۡاَيۡدِىۡ وَالۡاَبۡصَارِ ﴿۴۵﴾
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya). (38:45).
📍 Al-Quran mengangkat martabat hamba Allah. Mereka yang diiktiraf oleh Allah sebagai hamba-hamba-Nya, mendapat jaminan keselamatan di hari akhirat. Malah mereka diterima dan disambut Allah dalam kemuliaan.
ياَيَّتُهَا النَّفۡسُ الۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ ﴿۲۷﴾ ارۡجِعِىۡۤ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرۡضِيَّةً ۚ ﴿۲۸﴾ فَادۡخُلِىۡ فِىۡ عِبٰدِىۙ ﴿۲۹﴾ وَادۡخُلِىۡ جَنَّتِى ﴿۳۰﴾
Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal saleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah kepada Rabbmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Rabbmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku! (89:27-30).
📍Berbanggalah menjadi hamba-hamba Allah….!
✍ Tadabbur al-Isra’ [17:1] siri 2.
[Sebarkan tulisan ini untuk dikongsikan oleh semua orang].
-AA
#jiwaQuran.
Comments
Post a Comment