Terhalang dari rahmat Allah

🕌 *51 Hari lagi menjelang Ramadhan*

*EMPAT GOLONGAN TERHALANG DARI RAHMAT ALLAH*

Janganlah kita tergolong mereka yang jauh daripada rahmat dan kasih sayang Allah SWT tatkala tiba Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai empat golongan terhalang daripada mendapat rahmat Allah SWT ketika Ramadan.

*Pertamanya*, golongan peminum minuman keras. *Kedua*, anak derhaka kepada kedua ibu bapa. Untuk itu, bagi anak, dapatkan reda dan restu ibu bapa serta keampunan mereka agar Ramadan yang kita lalui tidaklah sia-sia kerana keredaan Allah SWT untuk apa yang kita lakukan pada Ramadan sangat bergantung dengan keredaan ibu bapa. Bagi ibu bapa, didiklah hati untuk mudah memaafkan kesalahan anak serta reda dengan mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Semoga Allah memberi rahmat, seseorang yang memudahkan anaknya untuk berbakti kepada dirinya."

Golongan *ketiga* yang jauh daripada rahmat Alah SWT ketika Ramadan, orang yang memutuskan hubungan silaturahim dengan saudaranya. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hubungan silaturahim bergantung di bawah 'Arasy." Lantas Baginda menyambung "Ya Allah, sambungkanlah diri-Mu dengan orang yang menyambungkan hubungan denganku dan putuskanlah hubungan-Mu Ya Allah, dengan orang memutuskan hubungan denganku."

Golongan *terakhir* ialah orang yang di hatinya ada dendam, permusuhan dan kebencian terhadap orang lain. Orang yang belum lagi kita memaafkan kesalahannya bisa menjadi penghalang kebaikan yang kita lakukan. Jika kita tinggalkan keempat-empat perkara ini, maka mudah untuk kita mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT tatkala tiba Ramadan.

Ramadan juga bulan suci. Kesucian daripada Ramadan ketika ia dapat menyucikan kita daripada perbuatan dosa yang kita lakukan. Rasulullah SAW bersabda: "Dari Ramadan kepada Ramadan (sekiranya bagus Ramadannya), mampu menjadi penghapus dosa antara dua Ramadan.'

Pendrive  Ramadhan : http://www.wasap.my/60196066697/PendrivePersiapanRamadhan

🍀 fatehteam

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup