Semasa PKP - masalah kesihatan mental

Tarikh: 2 Jun 2020
Tajuk: Masalah kesihatan mental wanita semasa PKP

Sedikit perkongsian bersama Dr Aishah, Pakar Psikiatri KKM.

Rujukan:
JP-WP seminar

Fahami apa itu covid19
- kita jadi terlalu risau kerana virus ini sgt serupa dgn flu.
- mmg ramai yg tak bergejala.
- virus baru, jadi kita pun belajar mcm mana nak selesaikan covid19 ini.

Implikasi: kpd kehidupan kita keseluruhannya.

Stigma - kesihatan mental
- terus kita kata "kurang siuman". bukan begitu.
- minda, emosi, tindakan seseorang = semuanya berkait.

Tahap kesihatan mental yg tinggi/bagus:
1. seseorang itu boleh menghadapi cabaran hidup yg normal dgn mudah.
2. sedar bahawa dirinya mampu maju ke hadapan.
3. seorang yg produktif, dlm melakukan aktiviti seharian. seorang yg berfungsi dlm masyarakat.
4. memberi balik kpd komuniti. kapasiti berbeza utk beri balik kpd komuniti, sekecil keluarga sendiri, kawan, kampung/kejiranan dan seterusnya.

Masalah kurang-sihat mental berbeza dgn penyakit mental.

@12:00 Penyakit mental - tanda2nya:
1. mengalami kemerosotan fungsi dlm hidup mereka.
2. tidak boleh berkomunikasi.
3. masalah dlm pekerjaan.
4. yg belajar, tak boleh belajar.

Secara amnya, tidak berfungsi sebagai apa yg sepatutnya. sebagai isteri, anak, student, pekerja.

Wanita terutamanya adalah tunggak negara.
Wanita memainkan peranan penting dlm rumahtangga, dlm ekonomi, kesihatan, pendidikan.

@14:12
6 kumpulan wanita yg berisiko mengalami masalah:

1. warga emas - tinggal dgn pasangan, sendirian (tak berkahwin), anak2 atau rumah jagaan.
2. wanita berkeluarga - kerja di rumah, surirumah dsb.
3. ibu tunggal - menjaga anak, masih mengandung.
4. remaja - bersekolah.
5. kanak2 perempuan.

Terkesan disebabkan wabak covid - kehilangan....
- kebebasan keluar rumah.
- peluang/masa berjumpa/berkumpul dgn orang.
- pekerjaan - diberhentikan kerja/akibat covid19.
- orang tersayang yg kena covid19.
- ruang utk "take a break" dari jadi mangsa keganasan rumahtangga/didera.

Menangani proses kehilangan:
1. grief (hiba) - perasaan yg sgt normal utk semua orang. kita lalui dlm keadaan sedar.

Dlm kitaran GRIEF ada 5 tahap:
- denial (penafian) = tak boleh terima hakikat kehilangan itu.
- marah dgn semua orang / perkara = masih tak boleh terima.
- bargaining (tawar menawar) = bincang dgn bos.
- depressed (sedih) = putus harap nak berubah sbb covid19.
- acceptance (terima) =  boleh terima.

Kitaran ini boleh berbalik2.

@24:34
Menangani stress:
- situasi baru, dicampakkan ke dlm situasi yg baru. menyebabkan tekanan.
- terlalu byk peranan yg perlu dilakukan,  boleh menyebabkan stres bertambah.

Cara bantu orang lain yg bermasalah mental:
1. biar mereka tahu kita boleh bercakap dgn kita.
2. mendengar luahannya. nak ada orang yg mendengar tanpa perlu cakap apa2. dont be judgemental. no need solution. unless diminta.
3. bila kita rasa perlu pkar bantu, bawa orang itu.
4. bila kita nak jaga orang mental illness, kita bantu diri sendiri dulu.

@38:00
Cara membantu diri sendiri:
- kenali diri kita - faham, lihat ke dalam diri sendiri.
- terlalu byk di fikiran. susah nak kawal. serabut.
- tulis semua yg kita fikir dan apa perasaan yg terkait.
- analyse dan kita lebih faham apa yg kita buat.
- ada isu-fikiran yg realistik. ada yg tak realistik.
- selesai perkara yg lebih penting.

Prioritize:
1. yakin/mampukah selesaikan? perlu bantuan orang lain?
2. mudah atau tak utk  aku selesaikan?

@41:30
- belajar gunakan teknologi - bercakap di alam maya.

- kenalpasti rutin baru selepas covid19. merasakan hidup kita lebih terkawal.
- tulis objektif yg perlu dicapai dlm sehari. objektif mesti realistik.
eg. saya perlu 10 minit sehari utk diri sendiri.

Peribahasa inggeris:
You cannot pour from an empty teapot.
Kalau diri kita kosong, mcm mana nak isi utk orang di sekeliling kita?

Pastikan:
- makan cukup
- minum air
- sukan/exercise
- keluar ambik angin
- beramal ibadah

Bagus utk bantu orang lain, tapi make sure kita dah penuh diisi juga.

Semua orang ada keupayaan utk bangkit dan teruskan hidup.
Jgn pandang rendah terhadap diri sendiri.
Jgn bandingkan hidup kita dgn orang lain.
Zon waktu dan keupayaan berbeza antara individu.

Bila ada harapan, seseorang itu sedang berusaha utk keadaan lebih baik.

Dlm norma baru, byk perkara perlu disesuaikan:
- daya tahan,
- daya tindak.

Khidmat telepon boleh didapati: talian kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup