Fas'aluuna - Hiburan dalam Islam (Siri 2)

 Tetamu: Dr Mohd Farid Shahran


Tulisan ini adalah ringkasan dari:

FB Live Siri 2


Hidup kita:

life long learning - mesti teruskan HIJRAH ke arah kebaikan.


Ilmu yang wajib difahami agar tidak terjerumus ke arus yang melanggari batasan syariat dalam kita bermusik.


Minggu lepas dibincangkan tentang hakikat berhibur.

Fokus minggu ini - hiburan, muzik dan nyanyian.


contoh di radio.



Bagaimana Islam melihat lagu dan muzik?

Hakikatnya ia adalah  sebahagian dari bunyi-bunyian.

Fitrah manusia, diberikan deria yg tugasnya (telinga) utk mendengar bunyi-bunyian.

Kalau bukan lagu dan muzik, bunyi lain2 pula akan masih kita dengari.


Kita sentiasa mendengar bunyi yg harmoni dan tak harmoni.


Ada bunyi yg harmoni yg menenangkan jiwa:

- ombak di lautan.

- angin bertiup.

- burung berkicauan.


Ada bunyi tak harmoni:

- hon kereta.


Muzik adalah sebahagian dari bunyi dari alat-alat muzik yang harmoni, termasuk suara dilantunkan.


Seperti juga makanan - ada yg sedap, ada yg manis, ada yg masam manis, mcm2 digabungkan menjadi sedap.


Q: nasyid dinyanyikan oleh wanita di khalayak ramai?

A: ada khilaf di kalangan ulama.


@15:35 

ada hadis yg seperti membenarkan muzik:


1. dari Aisyah RA - aku telah diziarahi oleh Abu Bakr, di rumahku, ketika itu ada dua gadis dari golgn Ansar sedang mendendangkan (meraikan hari besar mereka)

Aisyah berkata, sebenarnya mereka berdua bukanlah penyanyi...

Abu Bakr  patutkah ada nyanyian syaitan di rumah Rasulullah saw di hari besar pula?


Nabi menjawab wahai Abu Bakr, sesungguh setiap kaum itu ada hari besarnya, dan ini hari kami.


2. iklankanlah perkahwinan kamu dan pukullah gendang supaya rasa gembira.


3. Ansar memang suka berhibur.

seorang perempuan telah dikahwinkan, tidakkah ada hiburan di hari perkahwinannya? sesungguhnya kami suka kpd hiburan.


@20:00 hadis yg tak galakkan pun ada.


1. Malik As-shaari - umatku akan minum arak, bukan dgn nama asalnya. dinyanyikan muzik dan dihiburkan oleh penyanyi perempuan. akan dibenamkan ke dlm neraka.


2. membezakan halal dan haram adalah pukulan kompang dan rebana dan suara dlm majlis perkahwinan.


@20:27 kesimpulan:


Ada khilaf. 

Hukum muzik kembali kepada harus, boleh menjadi haram, makruh dalam keadaan tertentu.


Imam al Ghazali berkata ada tiga kriteria perlu diambilkira:

1. zaman - bila dimainkan muzik.

2. makan - tempat dimainkan muzik.

3. ikhwan - persekitaran maksiat atau harus.


Jadi harus jaga - bila, di mana, persekitaran muzik itu dimainkan.

Persekitaran maksiat - nyanyian dikaitkan dgn sutera, perempuan, majlis arak, bercampur lelaki dan wanita.

Kalau bila/tempat/suasana condong ke arah maksiat, muzik itu menjadi haram.


Dari Dr Yusuf Qardawi - dalam buku Halal in Islam.

- hadis2 ttg muzik, kebanyakannya doif, lemah.


eg. nyanyi untuk pembakar semangat - sebelum pergi berperang.


@30:20

Q: bolehkah muzik digunakan untuk pembentukan personaliti atau akhlak seseorang?


A: zaman dulu, muzik digunakan untuk terapi di hospital untuk merawat penyakit. digunakan di Cordoba dan Turki.

- eg. ibnu sina, al kindi, al farabi tulis kitab.

- al kindi menulis "Risalah al kubra" - penyusunan bunyi2 muzik adalah ilmu pertengahan antara ilmu alam, dgn ilmu tinggi. ada "interval".

- al farabi menulis "kitabul muzik al kabir" - mencipta alat muzik qanun (mcm gitar), karya terhebat mengenai muzik di dunia Arab, diterjemahkan ke bhs Latin.

- bukan dgn muzik semata, tapi faktor yang menyumbang dalam membentuk dlm keseimbangan jiwa.

akhirnya muzik memainkan peranan dalam membentuk akhlak.


Cuma muzik sekarang tak harmoni.

Anak muda sekarang memang hidup dengan muzik.

Kene pandai mencari / pilih yg harmoni.


Q: apa hukum dengar lagu rock.

A: bunyi yang keras, batu. sejenis genre/rentak.

kalau dimainkan membawa harmoni, liriknya bagus dan tiga kriteria (bila, tempat, persekitaran).


Empowerment kepada pemuzik - kreatif, kaya dlm hasilkan muzik yang halus, harmoni.


Pendengar perlu pandai pilih:

- lirik/senikata.

- sejarah genre muzik (dari aliran mana, anti-Islam).


Q: perlukah lagu dakwah/nasyid dlm genre muzik terkini?

A: kebanyakan yg baru dan popular sekarang ni datang dari luar. Kebimbangan timbul, muzik tempatan berkembang ke arah yg tidak baik, tidak membangunkan jiwa, hanya memenuhi nafsu berhibur saja.

IKIM.FM mengambil inisiatif untuk kumpul komposer2 tempatan untuk bangunkan muzik Islam Melayu.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2