Fas'aluuna - Hiburan dalam Islam (Siri 1)

Fas'aluuna @IKIM.FM

Tetamu: Dr Mohd Farid Shahran


Petikan dari FB Live:

FB Live IKIM FM


Satu perbincangan tentang lagu2 Islami di radio ikim.fm telah diadakan, mengumpulkan penyanyi, ahli akademik, orang awam dan komposer.

Berikut adalah intipati dari perbincangan tersebut.


Apa makna hiburan?


Hiburan itu umumnya menggembirakan.

Tidak boleh dipisahkan dari kehidupan hari ini.

Satu elemen yang penting dalam kehidupan.


Apa perkara yang menyeronokkan/menghiburkan?

contohnya game, lagu, movie, minum kopi.


Manusia perlukan hiburan dalam kehidupan supaya hidup menyeronokkan.

eg. fun learning.


tagline IKIM.FM =  inforia islami, ada hiburan yang mendidik jiwa.


@16:06

Jadi kita tak perlu terus buang HIBURAN dari kehidupan kita.

Nabi juga bergurau/jenaka sebagai hiburan.

Hiburan diperlukan utk mengisi ruang2 dalam hidup kita.


Jiwa manusia dijadikan suka dihiburkan.

Aspek mana di dalam jiwa yang nak dihiburkan itu?


Tiap hari asyik nak berhibur hingga lupakan perkara yg serius dalam hidup kita, tak boleh juga. 


Mereka yang terlibat dalam industri muzik pun, buat dengan serius. Bukan senang nak dapatkan idea kreatif. Rentak dan muzik haruslah segar, ikut peredaran zaman.


Pilih yg terbaik dalam hiburan - Menghiburkan dan dapat faedah/ilmu berguna.

Muzik boleh mengubah emosi seseorang itu.




Q: bolehkah dengar lagu2 utk kepuasan sementara. dah habis dengar, ingat Allah.

A: fitrah manusia, nak berhibur. Bunyi-bunyian masih kita dengar, kalau bukan lagu2. alat muzik juga menghasilkan bunyi-bunyian.

Fitrah manusia sukakan bunyi yang harmoni. Dapat menenangkan fikiran kita.


Q: Genre apa, rentak apa?

Isu - Adakah nasyid kekal style lama, perlukah berubah menjadi mcm kpop nasyid?

Anak muda hari ini sukakan rentak dan melodi moden, walaupun yg penting adalah mesej yg nak disampaikan melalui lirik. 

Jgn terlalai dengan hiburan semata-mata.


Q: mcm mana nak tenang melalui muzik?

A: zaman dulu, Islam menggunakan muzik dan air menjadi terapi untuk merawat penyakit tertentu. setengah orang boleh dirawat dgn alquran. setengah orang dirawat dengan makan ubat-ubatan.

lain orang lain cara terapi untuk menenangkan fikiran dan jiwa. 


Kesimpulan:

Hiburan sesuatu yang harus.

matlamat hidup kita serius. menjadi khalifah.

namun ada masanya kita perlukan hiburan yang memberikan ketenangan.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2