Hubungkait emosi dengan tubuh

Dipetik dari FB Coach Nora Zyan


SEJAUH MANA PENTINGNYA EMOSI DALAM KEHIDUPAN?

Dipetik dari FB Coach Nora Zyan


Beberapa hari ni Coach banyak habiskan masa menelaah bahan ilmiah tentang bagaimana sistem otak, hati dan badan berfungsi.


Coach kongsikan beberapa dapatan penting:


Qalbu (hati) berkomunikasi dengan otak dan tubuh melalui empat cara;


1. KOMUNIKASI NEUROLOGI (SISTEM SARAF)

2. KOMUNIKASI BIOKIMIA (HORMON)

3. KOMUNIKASI BIOFISIK (GELOMBANG NADI)

4. KOMUNIKASI SECARA TENAGA (MEDAN ELEKTRONIK DAN ELEKTRIK)


Hati (qalbu) menjadi tali hubungan untuk kita memohon pertolongan dari Allah swt. Selalu kalau kita ada masalah, kita akan minta pertolongan Allah sepenuh hati dan jiwa. Tak cukup hanya sekadar di mulut dan minda.


Sebab tu kadang Allah uji kita berkali-kali sehingga hadirnya rasa tak berdaya. Hilang segala logik akal yang tersekat di minda. Masa tu kita minta sungguh-sungguh tanpa fikir logik ke tak untuk Allah bantu aku.


Emosi berkait sangat rapat dengan rasa dan hati. Fikiran memang seringkali menipu dan hanya mahukan pembuktian. Berdoa adalah sesuatu yang berkait dengan keyakinan kita tentang apa yang kita doakan juga percaya dan yakin kuasa siapa Yang Maha Hebat, Raja seluruh Alam.


Sebab itu sangat penting kita jaga apa sahaja yang dimasukkan dalam minda dan hati, jasad kita.


Perhatikan 7 benda ni :


1. Buku apa yang kita sering baca?

2. Media sosial apa yang sering kita follow?

3. Apa benda yang sering kita dengar?

4. Circle apa yang sering kita habiskan masa?

5. Image apa yang sering kita lihat?

6. Apa jenis makanan yang sering kita masukkan dalam perut?

7. Bagaimana gaya hidup kita? Aktif? Lemau? Banyak move atau banyak beku?


Kesemua 7 elemen di atas akan effect 4 jenis komunikasi dalam keseluruhan sistem kehidupan kita.


Emosi boleh menjana isyarat yang sangat jelas dan berfungsi sebagai penghantar maklumat. Oleh itu perasaan (emosi) apa yang diterbitkan oleh qalbu, ia akan menghantar maklumat tersebut melalui medan elektromagnetik dan elektrik yang mampu mengubah struktur atom sehingga berbatu-batu jauhnya. Ia berkait dunia luaran dan dunia dalaman kita.


Sebab tu penting sangat qalbu yang sering mengingati Allah swt. Kerana ia mengundang rahmat dan kasih sayang Allah swt. KIta akan rasa selamat, rasa tenang dan damai.


Cuba bayangkan jika qalbu kita dipenuhi sampah sarap? Dalam kelas, Coach memang kongsi bagaimana nak cuci keledak jiwa, sampah sarap dan kotoran di qalbu.


Jangan pelik juga, jika kita sering tertanya mengapa doa seolah tidak di dengari atau rezeki macam tersekat. Boleh jadi ada yang tak kena pada qalbu kita. Memang tugas kita sebagai hamba perlukan bersihkan sentiasa. Tak boleh cepat puas hati bab pembersihan ni.


Pesan guru Coach, tiada jalan pintas untuk mengundang rahmat Allah seperti makna surah Al Ra’ad 28: “Dengan hanya mengingati Allah swt, hati menjadi tenteram.”


Jangan lupa follow Coach Nora Zyan.


--------------------------------



Terjemahan dari imej di atas.


1. dalam pembentukan janin, jantung (organ untuk qalbu) terbentuk lebih awal dari otak.

2. degupan jantung manusia boleh didengari (detected) sejauh beberapa kaki dari tubuh.

3. emosi positif boleh menghasilkan kelebihan-kelebihan fisiologi kepada tubuh manusia.

4. emosi negatif boleh menyebabkan sistem saraf menjadi kelam kabut, tapi emosi positif menghasilkan sebaliknya. 

5. emosi positif juga boleh meningkatkan kekuatan sistem imunisasi manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2