Posts

Showing posts from November, 2022

ORANG KUNING - TERPERINCI

Image
 Mari kita fahami tentang ciri-ciri orang KUNING. CIRI-CIRI UTAMA: Tersusun, teratur. Perancang yang teliti. Spesifik. Rapi. Berhati-hati dalam setiap perkara. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang KUNING sesuai bekerja dengan fakta, data dan kira-kira. Mereka tidak kesah kerja yang rutin dan mendatar. Bidang kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi sangat mengujakan mereka. SISI GELAP ORANG KUNING: Orang KUNING mudah dilabelkan sebagai lambat dan cerewet. Ini kerana mereka perlu berhati-hati dalam kerjanya. Ada pula yang terlalu teliti sehingga menjadi seorang "perfectionist". Ada juga yang menjadi "rigid" sehingga orang lain mesti ikut cara dia saja kerana dia merasakan cara kerja dialah yang terbaik dan tak boleh ubah-ubah. Jadi perlu belajar untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak.

Perihal sihir

Image
Salah satu ayat terpanjang dalam surah ini Perihal asal usul ilmu sihir Datangnya dari malaikat Harut dan Marut Dari negeri Babil (Babylon) Harut dan Marut sudah menasihatkan tentang ilmu sihir ini Sesiapa yang belajar akan tangguh akibatnya Boleh menyebabkan seseorang itu kafir .   Bukanlah ilmu sihir ini seperti dakwaan Yahudi Dipelajari semasa pemerintahan Nabi Sulaiman Seorang penyihir Malah, Allah membersihkan nama Nabi Sulaiman dalam ayat ini . Kesan sihir yang paling memudaratkan adalah memisahkan suami isteri kerana ia memusnahkan institusi keluarga hatta menghancurkan negara seluruhnya . Sikap orang Yahudi yang tidak harus kita ikuti... 1. merendah-rendahkan Nabi Sulaiman 2. menolak kitab yang diutuskan kepada Rasulullah, hanya mahu berpegang kepada Taurat 3. disibukkan dengan ilmu sihir dan hal-hal dunia, terjadi dengan izin Allah juga 4. ilmu sihir itu memudaratkan dan membahayakan mereka 5. menjual akhirat kerana mengejar duniawi . Surah Al-Baqarah a

Berperang dan Pinjaman

Image
Berperanglah pada jalan Allah Mempertahankan agama Allah Sesiapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah Allah akan melipatgandakan ganjaran untuknya Surah al Baqarah ayat 244 - 245

ORANG HIJAU - TERPERINCI

Image
 Kita lihat pula ciri-ciri orang HIJAU. CIRI-CIRI UTAMA: Empati tinggi. Lemah lembut. Menjaga perasaan dan hati orang lain. Susah berkata tidak. Berjiwa penyayang. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang HIJAU sesuai bekerja di bidang yang berisiko rendah. Sifat suka bergaul dan bermesra dengan orang amat diperlukan di bidang kesukarelawan, pendidikan dan juga kaunseling. SISI GELAP ORANG HIJAU: Jika orang HIJAU terlalu bergantung pada orang lain, dia akan dibuli oleh orang lain yang lebih berkuasa darinya. Ada pula orang HIJAU yang menjadi over-protective kerana terlalu cemburu, takut kehilangan orang yg sangat disayanginya.

Sabar dan solat sebagai penyelamat

Image
Mintalah pertolongan dari Allah Dgn sabar dan solat Jika kamu orang yang beriman Surah al-Baqarah ayat 153

Bila isteri kematian suami...

Image
Bila kematian suami, Beridahlah selama waktu Yang ditentukan Demi menjaga diri Surah Al-Baqarah ayat 234

Perihal buah zaqqum

Image
Makanan untuk orang yang zalim Kepada diri sendiri Ngerinya Sakitnya Azabnya! Buatlah keputusan yang betul Usah menzalimi diri sendiri Surah as-Saaffat ayat 63 - 69

ORANG BIRU - TERPERINCI

Image
 Di sini kita pelajari pula tentang ciri-ciri orang BIRU. CIRI-CIRI UTAMA: Santai dan suka bergurau senda. Pentingkan perdamaian dan keharmonian. Berlapang dada. Rajin membantu. PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang BIRU sesuai bekerja dalam bidang seni terutama dalam suasana yang relaks dan santai.  Contohnya, bagi yang suka memasak, boleh buka kedai makan.  SISI GELAP ORANG BIRU: Jika terlampau santai dan ambil mudah, orang BIRU boleh mengabaikan tanggungjawabnya. Bagi yang sudah kaya raya, orang BIRU boleh menjadi boros dan hidup untuk berseronok saja. Beringatlah jika terasa lupa diri.

Membina keyakinan diri

Image
 Membina keyakinan diri @ikim.fm (ust Pahrol) Tarikh rakaman: 03-04-2014 Rujukan di youtube FB: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=768206186522782&set=a.201285379881535.53339.133986386611435&type=1&theater Dalam situasi kecemasan, perlu keyakinan. @3:00 Analogi:  Bila terjadi dentuman dalam kapal terbang, Pilot yg yakin, akan menenangkan penumpang. Pilot yg gelabah, akan huru harakan keadaan. Pilot2 ini dilatih dlm suasana yang sama, silibus yang sama.  Apa yg membezakan situasi adalah KEYAKINAN. Kehidupan kita adalah satu perjalanan, pilotnya adalah kita sendiri. Bagaimana pentingnya keyakinan kepada orang lain? (belum lagi peri pentingnya keyakinan kepada diri sendiri) Cth: kita yakin dengan guru yang ajar anak2 kita. kita yakin dengan polis trafik ketika dalam kesesakan trafik. kita yakin dengan doktor yang merawat, ambil ubat yang diberi. . adanya kehidupan sebab kita ada keyakinan dengan orang lain. kalau kita tak yakin dengan orang lain itu, kita boleh tukar. . T

ORANG MERAH - TERPERINCI

Image
 Mari kita kenali ciri-ciri orang MERAH. CIRI-CIRI UTAMA: Cepat dan pantas.  Punya halatuju hidup yang jelas.  Tahu apa yang dia mahu.  Suka mempunyai kuasa dan kawalan.  Berani dan sukakan cabaran.  PEKERJAAN YANG SESUAI: Orang MERAH sesuai bekerja di bidang kerja beruniform, penguatkuasaan. Bidang mencabar dan berisiko tinggi menjadi tumpuan meraka. SISI GELAP ORANG MERAH: Jika terlalu berani, orang MERAH boleh terpengaruh dan berfikir dialah yang paling bagus. Mereka juga boleh menjadi sombong dan keras hati, suka melawan atau pentingkan diri sendiri. Ruang untuk menjadi sombong itu besar kerana merasakan dirinya yang terbaik dan paling berkuasa. Orang MERAH harus berhati-hati supaya tidak terjebak ke dalam sisi gelap ini.

Jenis-jenis ujian dalam kehidupan

Image
Pakej kehidupan disertakan dengan ujian... Setiap ujian itu pula setimpal dengan kemampuan seseorang itu Apakah jenis-jenis ujian itu? KETAKUTAN (KEPADA MUSUH) KELAPARAN KEKURANGAN HARTA BENDA, JIWA, HASIL TANAMAN Apaka ucapan yang digalakkan bila menerima ujian? Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada Allah kami akan dikembalikan Surah Al-Baqarah ayat 155 - 156

EMPAT PERSONALITI MANUSIA (WARNA)

Image
Dalam artikel yang lepas, kita sudah fahami 4 KUADRAN WARNA EMOSI yang terdiri dari MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Kita juga sudah faham apa maksud paksi-X dan paksi-Y ( RUJUK DI SINI ). Secara amnya, ciri-ciri perwatakan ini telah "built-in" sejak kita dilahirkan. Setiap kita, punya kombinasi yang berbeza.  Paling mudah untuk kita perhatikan, dari adik beradik satu ibu dan bapa, pasti punya personaliti yang berbeza. Orang MERAH - pantas, suka buat keputusan, ada halatuju. RUJUK SINI - MERAH Orang BIRU - santai-santai saja, suka berdamai. RUJUK SINI - BIRU Orang HIJAU - sangat ambil berat tentang orang lain dan apa orang lain fikir. RUJUK SINI - HIJAU Orang KUNING - sangat teratur, seorang perancang yang baik. RUJUK SINI - KUNING Apabila kita faham bahawa setiap orang berbeza personalitinya, ada "in-born" / "coding" tersendiri, kita sudah boleh kaitkan dengan warna emosinya.  Ini bermakna untuk warna emosi seseorang itu, kita faham bagaimana suasana yang o

APA ADA PADA PAKSI-X DAN PAKSI-Y

Image
SEBELUM INI Mari kita perhatikan apa yang digambarkan di paksi-X dan paksi-Y kuadran. PAKSI MELINTANG (PAKSI-X) Paksi-X menggambarkan keselesaan seseorang dalam berhubung dengan orang lain atau tugasannya. Orang BIRU dan HIJAU lebih suka berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai berbanding dengan orang MERAH dan KUNING. Ini kerana orang BIRU dan HIJAU ambil berat dan beri perhatian kepada orang lain. Dia lebih mengutamakan menjaga hubungan sesama manusia dari menyempurnakan tugasannya. Dia sangat prihatin terhadap kebajikan orang lain. Dia mudah merasa simpati dan kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan. Dia sentiasa ingin membantu orang lain.  Berbeza dengan orang MERAH dan KUNING. Dia lebih fokus pada tugasannya. Bila diberi tugasan, dia merasa berkuasa mengawal apa yang dia lakukan. Dia tak perlu berhubung dengan orang lain dan terus saja menyiapkan kerja-kerjanya.   PAKSI MENEGAK (PAKSI-Y) Paksi-Y pula menggambarkan energi yang dibawanya dan keterbukaan seseorang terhadap s

KUADRAN WARNA EMOSI

Image
PENGENALAN: 1. Setiap orang memaparkan emosinya dalam bentuk tingkah lakunya. Secara semulajadi, setiap orang akan mempamerkan apa yang dia rasa dalam satu-satu keadaan. Perwatakan seseorang itu terserlah daripada apa yang dia selesa lakukan. 2. Kuadran Emosi terbahagi kepada empat warna. Setiap orang dilahirkan (in-born) dengan satu warna (primary). Kebiasaannya, warna primary dan sekunder merupakan kombinasi sebelah menyebelah di kotak kuadran. 3. Setelah kita ketahui warna-warna emosi ini, kita haruslah belajar untuk mengenali: a) warna emosi diri sendiri, b) warna emosi orang-orang terdekat dengan kita, c) ubah atau seimbangkan untuk mewujudkan suasana damai dalam sesebuah institusi. HURAIAN KUADRAN WARNA 1. MERAH Orang MERAH adalah orang yang punya halatuju kehidupan, berani  membuat keputusan, suka mengawal, memberi arahan, sukakan cabaran. Dia cepat dan pantas. Tak suka lambat-lambat. 2. BIRU Orang BIRU pula adalah orang yang santai, suka bergurau senda,  berlapang dada, memaafk