KUADRAN WARNA EMOSI

PENGENALAN:


1. Setiap orang memaparkan emosinya dalam bentuk tingkah lakunya. Secara semulajadi, setiap orang akan mempamerkan apa yang dia rasa dalam satu-satu keadaan. Perwatakan seseorang itu terserlah daripada apa yang dia selesa lakukan.


2. Kuadran Emosi terbahagi kepada empat warna. Setiap orang dilahirkan (in-born) dengan satu warna (primary). Kebiasaannya, warna primary dan sekunder merupakan kombinasi sebelah menyebelah di kotak kuadran.


3. Setelah kita ketahui warna-warna emosi ini, kita haruslah belajar untuk mengenali:

a) warna emosi diri sendiri,

b) warna emosi orang-orang terdekat dengan kita,

c) ubah atau seimbangkan untuk mewujudkan suasana damai dalam sesebuah institusi.






HURAIAN KUADRAN WARNA


1. MERAH


Orang MERAH adalah orang yang punya halatuju kehidupan, berani  membuat keputusan, suka mengawal, memberi arahan, sukakan cabaran. Dia cepat dan pantas. Tak suka lambat-lambat.


2. BIRU


Orang BIRU pula adalah orang yang santai, suka bergurau senda,  berlapang dada, memaafkan dan melupakan. Baginya hidup mestilah dalam kedamaian dan harmoni.


3. HIJAU


Orang HIJAU pula sangat mengambil berat terhadap orang lain. Dia senang mempamerkan kasih sayang, kasihan dan punya empati yang tinggi. Dia akan beri perhatian tentang apa orang lain rasa berbanding dirinya sendiri.


4. KUNING


Orang KUNING merupakan seorang yang sangat teliti dan spesifik. Kerja-kerjanya sangat teratur dan tersusun. Ambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu.




CONTOH SITUASI #1: nak tidur.


Warna emosi yang sepatutnya dipamerkan adalah BIRU dan HIJAU.

Aktiviti yang boleh dilakukan buat solat taubat, maaf memaafkan dsb.


Sekiranya ada orang KUNING yang masih mahu meneliti kerjanya, suasana sudah tak sesuai untuk tidur.


CONTOH SITUASI #2: nak shopping dengan keluarga.


Warna emosi yang sepatutnya dipamerkan adalah BIRU dan HIJAU.

Aktiviti santai dan menggembirakan.


Sekiranya orang MERAH dah mula marah-marah kerana panas dan lambat, suasana akan bertukar menjadi tak selesa untuk semua ahli keluarga itu.



KESIMPULAN:


Kepintaran Emosi (EQ) adalah ilmu memahami warna emosi orang lain dan menyeimbangkan respon/tingkah laku kita bila berinteraksi dengan orang di sekeliling kita.


Perubahan personaliti ini bukan berlaku dalam masa sehari dua, tetapi memerlukan 10 ke 20 tahun.


SETERUSNYA

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup