Membina keyakinan diri
Membina keyakinan diri @ikim.fm (ust Pahrol)
Tarikh rakaman: 03-04-2014
FB:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=768206186522782&set=a.201285379881535.53339.133986386611435&type=1&theater
Dalam situasi kecemasan, perlu keyakinan.
@3:00
Analogi:
Bila terjadi dentuman dalam kapal terbang,
Pilot yg yakin, akan menenangkan penumpang.
Pilot yg gelabah, akan huru harakan keadaan.
Pilot2 ini dilatih dlm suasana yang sama, silibus yang sama.
Apa yg membezakan situasi adalah KEYAKINAN.
Kehidupan kita adalah satu perjalanan, pilotnya adalah kita sendiri.
Bagaimana pentingnya keyakinan kepada orang lain?
(belum lagi peri pentingnya keyakinan kepada diri sendiri)
Cth:
kita yakin dengan guru yang ajar anak2 kita.
kita yakin dengan polis trafik ketika dalam kesesakan trafik.
kita yakin dengan doktor yang merawat, ambil ubat yang diberi.
.
adanya kehidupan sebab kita ada keyakinan dengan orang lain.
kalau kita tak yakin dengan orang lain itu, kita boleh tukar.
.
Tapi kalau kita tak yakin pada diri sendiri, macam mana?
Sangat bahaya kerana kita akan sentiasa ada konflik dalaman.
Sentiasa berperang dgn diri sendiri.
Menjadi "self sabotaging habit".
Suara hati yg negatif menjadi halangan untuk berjaya.
Cara kita berfikir dibentuk oleh...
1. individu berpengaruh dalam hidup kita
- ibubapa yang garang
- bos yang garang
- sepatutnya mereka beri kebebasan yg terpimpin
- bukan disekat tanpa sebab munasabah
2. masyarakat sekeliling
- guru2, saudara mara terdekat
- suasana kehidupan
3. fahaman/prinsip hidup, pengalaman hidup
cth.
+ve = belakang parang kalau diasah
-ve = rezeki secupak takkan jadi segantang.
4. penjajahan
- fikiran pun dijajah sama.
APA ITU KEYAKINAN DIRI (BELIEF SYSTEM)
Keyakinan diri adalah penilaian diri kita sendiri (self-assessment)
.
Orang yang keyakinan diri ialah orang yang layak dan boleh mampu untuk berjaya.
.
Orang yang tak yakin pada diri sebenarnya tidak yakin kpd Allah.
Ini kerana Allah telah menciptakan kita untuk berjaya/bahagia.
Subhanallah!
TUGAS KITA
Keberadaan kita di sini, Allah letakkan tugas kita di dunia ini :
1. utk mentaatiNya dan
2. utk menjadi khalifah di bumi ini.
Inilah kejayaan dan kebahagiaan yg sebenarnya.
Allah bagi semua keperluan dan segalanya, untuk kita melaksanakan 2 tugas ini.
setiap manusia yg diciptakan Allah ada lah unik, Allah beri bakat dan kebijaksanaan masing2.
Allah ciptakan manusia dengan keupayaan/kepandaian yang berbeza.
Dunia tidak lengkap tanpa kita.
Setiap manusia ada peranan tersendiri.
Cabaran untuk kita adalah bagaimana nak "fully utilize" / memunafaat setiap kelebihan yang kita ada itu.
Soalan:
banyak terima komen negatif bila nak buat benda baik.
Jawapan:
Jangan fokus pada yg negatif. Jalan terus.
Manusia suka berada dalam "comfort zone", tak mahu berubah, lakukan perubahan.
Nak buat perubahan, perlu lakukan 3S:
1. S - sendiri = bermula dgn diri sendiri dulu.
2. S - sedikit = mulakan sedikit2. skala kecil.
3. S - segera = jangan tangguh2.
Para Nabi pun berubah pelan2, sebab ada keyakinan dengan apa yang disampaikan.
Soalan:
Usaha bertahun untuk didik anak. terima komen negatif dari orang lain.
Jawapan:
Abaikan komen negatif.
Jangan bimbang tidak dihargai.
Tapi bimbanglah kalau tidak berharga.
.
komen negatif = kritik - perlu bijak menilai mana yg betul atau tidak.
.
kalau komen itu ada kebenarannya, kita perlu ubah.
tidak ada orang yg menendang anjing yg telah mati.
28:00
Soalan:
Susah nak buat keputusan untuk diri sendiri atau orang lain. Adakah kerana saya kurang keyakinan diri?
Jawapan:
Ya. betul. kurang keyakinan diri.
.
bila nak buat keputusan, perlu cepat dan tepat.
kadang2 kita menangguh keputusan.
kadang2 takut nak buat keputusan.
mcm mana nak tingkatkan keyakinan diri tu?
nak buat keputusan, perlu ada maklumat dari pelbagai aspek.
@29:00
Kesalahan tidak membuat keputusan lebih besar drpd
membuat keputusan yg salah.
tangguh, tergantung tak buat keputusan lebih bahaya drpd langsung tak buat keputusan.
bahaya kerana tanggunjawab kita / accountable.
cuma dalam membuat keputusan, jangan terburu2.
perlu tanya orang yang ahli.
kemudian istikarah dgn Allah.
istikarah - dua2 pilihan baik, mana yg lebih baik utk kita.
kalau buat keputusan yg salah, belajar dari silap/salah.
cuba cara lain pula.
tak perlu keyakinan diri akan menurun.
kegagalan adalah satu peluang utk mencuba lagi dgn bijaksana.
Soalan:
kebodohan infiniti, kebijaksanaan ada batasnya. huraikan.
Jawapan:
Allah sayang setiap manusia. kerana sifat sayang Allah itu, Allah beri keperluan dan kelengkapan utk tujuan hidup kita.
kebodohan tak ada limit adalah orang yang jahil & degil.
bodoh & sombong. orang yg tak tahu dia tak tahu.
bodohnya tak dapat diajar, pandainya tak dapat diikut.
kebijaksanaan ada limit pula bermaksud masih terbatas berbanding dgn ilmu Allah. hebatnya mcm mana pun ilmu manusia, masih sikit berbanding ilmu Allah.
Soalan:
keyakinan diri VS over confidence
Jawapan:
keyakinan diri berdasarkan ilmu, kepakaran, dan "track record".
kejayaan hari ni boleh jadi musuh pada hari esok - ini "over confidence".
cth.
seharusnya berjaya di SPM, gagal di IPT.
berjaya di IPT, gagal dlm kerjaya.
managing success - urus kejayaan.
kejayaan bukan final/mutlak, betulkan niat.
tujuan hidup utk kerjaya utk berdakwah.
@42:00
kesimpulan:
cara meningkatkan keyakinan diri kita adalah
dgn meningkatkan keyakinan diri kpd Allah.
manusia yg paling kuat/gagah adalah manusia yang mengaku lemah di depan Allah.
manusia yg paling bijak/pandai adalah manusia yang mengaku kejahilan di depan Allah.
Jangan harapkan hidup yg mudah, tapi mintalah hati yang tabah.
Comments
Post a Comment