TARBIAH RAMADHAN
RAMADHAN SEBAGAI TEMPOH LATIHAN
Puasa adalah latihan untuk menjadi orang bertakwa.
Sebenarnya puasa itu adalah satu proses latihan untuk manusia menjadi orang yang bertakwa selepas Ramadhan.
Bila proses latihan seminggu tak cukup.
Kalau 60 hari latihan, terasa berat pula.
Latihan tak boleh terlalu pendek, tak boleh terlalu panjang juga.
Latihan macam mana?
Puasa bermaksud menahan diri.
Latihan yang perlu dilakukan adalah
berhenti buat perkara haram sepanjang masa
dengan cara berhenti buat perkara halal.
Kita katakan "menahan diri", unsur yang mana di dalam diri kita?
Unsur yang ada di dalam diri kita adalah NAFSU.
Nafsu sifatnya sentiasa mengajak kepada kejahatan/keburukan.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
AlQuran - Surah Yusuf ayat 53.
Nafsu perlu dididik dengan beberapa cara:
1. tarbiah - orang lain yang ingatkan kita. Pentingnya guru-guru, orang tua-tua menasihat dan mengingatkan sepanjang masa.
2. mujahadah - lawan sendiri. kita perlukan kekuatan untuk melawan nafsu sendiri. antaranya caranya dalam mujahadah:
- istighfar - mohon ampun dari Allah atas kelalaian,
- zikir (la hawla wala quwwata illa...sehingga habis) supaya datang kekuatan untuk terus mujahadah.,
- praktikal - alami sendiri kursus intensif 30 hari.
APA DIDIKAN RAMADHAN UNTUK NAFSU KITA?
Untuk melatih diri, keadaan untuk lakukan latihan praktikal itu hanya wujud bila marah itu berlaku. Barulah HANDS-ON.
Sepanjang berpuasa, perut kosong/berlapar.
Mulalah nak marah.
Orang kencing manis, bila lapar, meragam.
Di negara Arab, orang paling banyak bergaduh di bulan Ramadan.
Jadi latihan sebenarnya adalah untuk mengawal marah.
Bila rasa nak marah, latih diri kawal supaya jangan marah.
Latih untuk menahan diri dari marah.
Akhirnya latihan kawal marah itu menghasilkan diri yang lebih sabar.
Contohnya:
1. isteri merajuk tak beli apam balik dari bazaar ramadhan, suami latih diri untuk sabar dan pujuk. belikan kuih lain.
2. sudah plan nak menu buka puasa seseorang, tapi tak jadi. kecewa. latih diri untuk sabar.
3. beli banyak sangat juadah berbuka, tak habis. beringat lain kali, kawal diri supaya tidak membazir.
HASIL LATIHAN MENAHAN DIRI ADALAH TAKWA
Mendidik nafsu dengan mengawal diri dari perkara buruk.
Antara sifat orang yang bertakwa adalah sabar dalam apa juga keadaan.
Bulan Ramadhan seharusnya menjadi medan latihan untuk memperkasakan sifat sabar kita dalam mengharungi kehidupan.
Petikan surah al-baqarah ayat 177 mengenai ciri-ciri orang yang bertakwa adalah seperti berikut.
CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAKWA:
1. beriman kepada 6 rukun iman
2. memberi harta yang dia sayang (infaq)
3. mendirikan solat
4. mengeluarkan zakat
5. menepati janji.
6. sabar (ketika fakir, sakit, peperangan).
Sama-samalah kita beramal dalam usaha mencapai tingkat TAKWA ini.
Sumber Rujukan:
PESONA D'ZAHRA - "Sisi Positif dan Negatif Dalam Watak"
.
Comments
Post a Comment