Doa hari Jumaat

 DOA PAGI JUMAAT


20 ZULKAEDAH 1444H

                                

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..

بسم الله الرحمن الرحيم..

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..

سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..

ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.

رب زدنا علما وارزقنافهما

                           

Ya Allah Ya Rahman... Ya Raohiim....

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya yaa Allah ,,, Berikanlah kesembuhan untuknya ,,, Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan ,,,


Ya Allah Yaa Razzaq

Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah ,,, Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki ,,,


Ya Allah Yaa Qawwiy

Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu ,,, Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar ,,, Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu ,,,

Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau Ingkari Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan. 


Ya Allah Yaa Baasith

Jika diantara kami ada yang berhutang, selesaikanlah hutangnya, mudah urusannya, dan luaskanlah rezekinya.


Ya Allah Qudduus

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya.. Sombong, iri hati, dengki dan dusta ,,, Mohon bersihkan dan sucikanlah Yaa Allah..


Ya Allah Yaa 'Afuuw

Mohon Ampunilah segala dosa dan khilaf kami ,,, Jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja ,,, Bukakanlah pintu hatinya, agar mampu memaafkan kami ,,,


Ya Allah Ghaffaar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua Ibu Bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat kami, dan dosa Seluruh kaum Muslimin dan muslimat tanpa terkecuali ,,, Sesungguhnya Engkau lah Dzat yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani


  Ya Allah Yaa Mujiib

Ijabahkanlah Do'a-Do'a kami, Tiada daya & upaya kecuali dengan PertolonganMU, Kerana hanya kepada MU lah tempat kami Bergantung dan tempat Kami meminta Pertolongan


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَاb مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ





Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2