10 hari awal Zulhijjah

Assalamuaaikum semua.

Utk di kongsi bersama.


Ceramah FB Dtk Ustazah  Fatma Zahrah pd  hari Jumaat 16hb Jun 2023

----

10 days challenge utk diri sendiri & semua.

----

Amat disarankan agar kita mengambil peluang 10 hari istimewa ini utk beriktikaf di rumah.

To do list dari 1 hingga 10 Zulhijjah utk yg tidak melaksanakan Ibadah Haji thn ini.


1. TAUBAT

Solat Taubat atas segala kesalahan. Allah suka pd org yg bertaubat & Suci.


2. TASOLUH (Saling memperbaiki diri) 

Pastikan tiada perasaan marah, kecil hati dgn sesiapa shj.

P/S : Tak halal org Islam yg tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari = Lawan nafsu.


3. PULANG KAN HAK ORG - Jgn jadi zalim.

Allah akan sentiasa kabulkan hak2 org yg teraniaya. Jika kita ada lakukan perkara yg tak betul, mohon maaf.


4.BERBUAT BAIK PD IBU BAPA

Jgn membuat ibubapa terasa dgn perlakuan kita, sentiasa bersikap  rendah diri, hormat, kasih, berbicara manis dan tidak meninggikan suara pd mereka. 

Ada segelintir ibu bapa yg tidak begitu baik akhlak tetapi sbg anak kita masih perlu hormat & bersikap lemah  lembut agar tidak melukakan perasaan mereka, terutama sekali pd mereka yg tlh lanjut usia.


5.SOLAT DI AWAL WAKTU

Biasakan diri utk siap berwudhuk menunggu azan berkumandang dan terus laksanakan solat... Tinggal kan  dunia sebentar utk menyahut panggilan Allah SWT. 


6. PUASA 9 HARI.

Berusaha utk berpuasa pd hari2 ini. Jika tidak pun puasa lah pd 9 Zulhijjah/Hari wukuf di Arafah.

Ganjaran... Allah akan hapuskan 1 thn dosa kita yg terdahulu dan 1 thn dosa yg akan datang.

Rebut lah peluang ini.


7. SEDEKAH SETIAP HARI

Bersedekah lah dgn harta benda  walaupun sedikit.Berbuat baik, cakap baik2 dan senyum pun satu cabang sedekah.


8.BAGI MAKAN PD ORG YG BERPUASA

Kirim kan makanan pd org2 yg berpuasa( keluarga & kenalan)


9. QIROTUL QURAN

Tingkat kan pembacaan AlQuran di 10 hari ini. Niat utk Khatam, target 3 juz 1 hari.

"Amalan kita diatas nawaitu kita"

Jika kita meninggal dunia sblum sempat menghabiskan apa yg kita mulai, kita sudah pun mendapat ganjaran pahala nya. 


10. SOLAT TAHAJUD SETIAP HARI

Rebut 10 mlm istimewa ini, solat & zikir.


11. SELEPAS SOLAT SUBUH, DUDUK HINGGA SYURUK ( Pahala besar)

Laksanakan Solat Dhuha.

Ianya spt kita bersedekah pd setiap 365 ruas  sendi di badan kita.

Allah janji kan 1 rmh di Syurga.


12. JGN TINGGAL SOLAT SUNAT RAWATIB 12 RAKAAT.

Pastikan kita laksanakan solat2 sunat spt berikut. 


2 rakaat sblum subuh

4 rakaat sblum zohor

2 rakaat selepas zohor

2 rakaat selepas Maghrib

2 rakaat selepas Isyak.

( Menurut Imam Al Nawawi - Syarah Riyadh Al Solihin) 

----

Sesiapa yg melaksanakan 12 rakaat Solat Sunat Rawatib tersebut siang dan malam dgn ikhlas  Allah  akan sentiasa  membimbing kita. 

I will be Yr eyes

I will be Yr legs : 

I WILL GUIDE YOU . 


Lazim kan diri utk bertahlil, bertakbir dan bertahmid


13. BANYAKKAN BERISTIGHFAR

Lakukan utk diri sendiri, juga utk keseluruhan muslimin dan muslimat


14. BUAT ORG BAHAGIA

Terutama sekali pd org2 miskin, bantu dgn wang atau apa shj. Blh juga memberi  brg2 kita yg mereka suka spt tudung, baju & apa saja. 


15.LAKSANAKAN QURBAN

Sunat Muakad

Pd yg berkemampuan amat digalakkan : Allah amat sayang, menjadi PENEBUS  DOSA. 


16. BERKONGSI ILMU

Berdakwahlah dgn berkongsi ilmu dgn keluarga, sahabat handai & seluruh ummah.

-----

P/S : Rancang/Plan jadual kita dgn penuh teliti & produktif. Fokus pd 10 hari2  ini dgn memberi tumpuan sepenuhnya dgn banyak kan..


1.BERZIKIR

2.MEMBACA ALQURAN

3.BERSEDEKAH

4.BERBUAT BAIK

5. BERMANAFAAT PD ORG


Amat rugi jika dibiarkan 10 hari ini berlalu begitu shj tanpa amalan2 yg Allah cintai.


Seboleh mungkin manafaat kan 10 hari istimewa ini dgn.... 


1. Tidak merancang utk bercuti yg blh melalaikan kita dari mengingati Allah SWT


2. Merayau2 membuang masa membeli belah, bersantai2 keterlaluan  diluar rmh   ( tak habis2  dgn program breakfast, lunch, dinner)

p/s : tangguh/postpone dulu 


----

Hari penting

1 - 10 Zulhijjah*

Selasa 20hb Jun 23 -  Khamis 29hb JUN 23


9 Zulhijjah: *Rabu 28hb Jun

(Puasa Arafah)

-----

Semoga bermanafaat.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2