Sembunyikan kegembiraanmu




Betapa zaman telah berubah. Dulu dulu mak ayah selalu pesan. Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayah tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Berapa indah pembentukan akhlak anak anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengurus hati orang lain.


Tapi kini tanpa kita sedari, melalui Facebook dan laman laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk tunjuk atas dasar 'share' Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar, slip gaji, slip bank.


Anak dapat results exam bagus , upload  result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk shared kegembiraan, kemenangan dan lain lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin tak boleh nak macam kita. 


Maka: 

Sembunyikan lah kegembiraan kita kerana mungkin ada yang sedang berduka. 


Sembunyikan lah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana.


Sembunyikan lah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit


Sembunyikan lah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana.


Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu biarkan ia berlalu. Marilah sama sama berusaha kearah kebaikan.


Jadikan group ini Medan perkongsian ilmu. Jadikan group ini Medan tazkirah. Jadikan group ini Medan yang boleh memajukan ummah.


Kerana bila kita meninggal nanti ilmu yang kita sampaikan itu lah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu

Comments

Popular posts from this blog

Doa - sekali baca seumur hidup

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kata-kata hikmah 2