Apa itu D.U.I.T?
Apa yang tersirat dari D.U.I.T itu?
D-Doa
Dalam kita mengejar impian, perkara pertama yang harus kita buat adalah doa. Doa menyatakan niat hati kita untuk umpian yang mahu kita capai. Satu kenyataan affirmatif kepada yang Maha Pencipta yang Maha Berkuasa, agar Dia kurniakan apa yang kita hajati.
U-Usaha
Setelah menetapkan matlamat untuk mencapai impian itu, teruskan langkah dengan usaha. Tanpa usaha, kita hanyalah berangan-angan. Mulakan gerak kerja sebaik mungkin, bersungguh-sungguh dalam usaha dan ikhtiar itu.
I-Istiqamah
Dalam melaksanakan tugas kita, haruslah penuh istiqamah. Walaupun sedikit, biarlah terus menerus dengan disiplin itu.
T-Tawakal
Setelah usaha dan doa dilakukan, maka barulah kita serahkan kepada Allah menentukan hasilnya. Sekiranya tidak berjaya mencapai impian, jangan pula putus asa. Usaha lagi sehingga berjaya.
Comments
Post a Comment