Akhirat kan ada!
Segmen: Islam itu Indah (Ustaz Pahrol)
IKIM.FM
Kenapa kita kena cinta akhirat?
Dunia hanya persinggahan.
Bukan nak meminggirkan dunia, tetapi gunakan dunia untuk meraih akhirat.
Dunia adalah modal, untung perniagaannya adalah akhirat.
Dunia adalah jalan, akhirat adalah tujuan.
Dunia adalah baja, akhirat adalah kebunnya.
Tanda-tanda cinta akhirat
1. mudah memberi.
Tidak materialistik, tidak individualistik, tidak kedekut walaupun memberi senyuman. Setiap perlakuan ada kasih sayang.
2. tabah bila menghadapi musibah.
Bila kita ingat akhirat, musibah di dunia ini menjadi kecil.
Dengan mencintai akhirat, kita akan sedar yang
- musibah akan mendatangkan pahala untuk kita yang menghadapinya,
- sebagai kefarah, menghapus dosa-dosa lalu,
- darjat di sisi Allah ditingkatkan.
3. tidak lupa pemberi nikmat.
Nikmat dunia itu tidak melalaikan kita, kerana kita tahu nikmat sementara saja.
Nikmat dunia menjadi kecil.
4. tida kbangga dgn amalan.
Amalan tidak menentukan kita masuk syurga. Hanya dengan rahmat Allah kita akan ke syurga.
Jadi yang kita nak raih adalah keredhoan dari Allah supaya Allha merahmati kita.
5. tidak putus asa dengan dosa.
Walaupun kita tahu manusia selalu berdosa, tapi tetap minta ampun dengan Allah. Sentiasa bertaubat supaya dosa kita diampunkan.
6. Zuhud.
Tidak mengharamkan yang halal. Menolak yang haram. Ambil yang halal berpada-pada.
Guna nikmat dunia sekadarnya untuk meraih pahala untuk akhirat.
7. sentiasa optimis.
Bila kita cinta pada akhirat, kita sentiasa berharap. Jika apa yang kita mahu di dunia tidak kesampaian, akhirat itu lah harapan kita.
8.tidak buka aib orang.
Kita takut aib kita pula di buka Allah di akhirat kelak. Biarkanlah apa saja aib orang, yang penting kita jaga diri dari aib kita sendiri.
9. tidak stress.
Sentiasa berlapang dada. Apa juga yang mendatang, kita sedar siapa Pemberinya. Siapa yang menentukannya. Jadi kita tidak bimbang atau risau atau takut, kerana semuanya dalam perancangan Allah.
Terima dengan ucapan Alhamdulillah dalam apa jua keadaan.
Berusaha dan bertawakkal lah!
Hidup ini penat, mari kita berehat, dengan ingat akhirat.

Comments
Post a Comment