Lindungi diri

����������������
Assalamualaikum..
���� Renungan Pagi ����
Orang yang hampir dengan Allah sentiasa membaca al-Quran, berzikir serta melazimkan diri dgan doa doa yang datang daripada Rasulullah SAW. Ini secara langsung dan tidak langsung telah menjaga dan menghindarkan mereka daripada pelbagai penyakit,contohnya dengan menbaca ayat kursi, surah al-Fatihah, al-Ikhlas dan al-Mu'awwizatain.
Mengapa orang yg meninggalkan maksiat akan hidup lebih sihat ? Salah satu sebab utamanya ialah jin dan syaitan akan lari menjauhi mereka. Syaitan dan jin yang jahat akan akrab dgan pelaku maksiat dan itu juga menjadi salah satu penyebab mereka ditimpa pelbagai penyakit. Gangguan musuh Allah ini terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat dinafikan.
Menurut ulama islam yg pakar dalam bidang ini, Allah menjadikan jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Oleh sebab itu, mereka berupaya menyakiti manusia dgan menusuk masuk ke dalam badan manusia melalui cara halus. Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.
  ��Waallahuaklam��




Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air

“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut… , dia nampak air…

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…”

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)

2. Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)

3. Baca Ayatul Qursi ~ (1x)

4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5. Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Tapi kita sebagai orang Islam walaupun perlu tegas dengsn penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan. Lepas baca tu jangan lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak lemas di lautan. Jangan diletak jetski pulak nanti dia meronda dalam rumah tu nanti.

Semoga kita semua mendapat perlindungan Allah jua.

Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup