Kasihanilah diri sendiri

Motivasi Sentap:
KASIHANILAH DIRIMU

Kasihanilah dirimu yang kurang melakukan ketaatan, orang memujimu sebagai ahli ibadah sedangkan kamu mengetahui hakikat dirimu sebagai pengamal maksiat.

Berkata Sa'ad bin Hilal:
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berbuat dosa, ALLAH mengurniakannya empat kebaikan:

1-ALLAH tidak menyekat rezekinya.
2-ALLAH tidak menyekat kesihatannya
3-ALLAH tidak menzahirkan dosa yang dilakukannya.
4-ALLAH tidak memberikannya balasan segera "

Ternyata ALLAH masih mengasihi dan mengasihani kita semua.

Berkata seorang ulama dengan penuh perhatian yang tersirat:
"Tidak hairan orang yang berasa enak dalam kenikmatan. Yang hairan ialah, orang yang berasa enak dalam azab."

Kasihanilah Dirimu....

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2