Merasa hebat dan sentiasa betul

*Penyakit Rasa Hebat & Sentiasa Betul*

Seringkali kita lihat di media sosial satu 'penyakit'  iaitu komentar² merasakan setiap tulisan atau ucapannya betul manakala orang lain salah.

Kesan dari 'penyakit' ini akan membawa ke tahap berikutnya iaitu mengungkap dan melabel individu atau kumpulan yang tidak disukainya dengan pelbagai gelaran.

Merasa puas dengan ungkapan buruk atau menghina seseorang atau kumpulan yang tidak sealirannya membawa kepada 'penyakit' Aku Sentiasa Betul.

Ianya menjadi lebih parah apabila golongan yang melakukannya adalah terdiri dari mereka yang menyeru kepada jalan agama. Tindakan 'ahli agama' yang menjadi golongan yang dipandang mulia oleh masyarakat akan membawa kesan yang lebih buruk.

Istilah² yang digunakan 'dihalalkan' dengan nas² agama yang tersasar dari maksudnya. Sebagai contoh dengan mengatakan istilah² ini ada dalam al-Quran seperti anjing, celaka, bodoh dsbnya. Sedangkan ungkapan ² ini adalah ungkapan Tuhan kpd makhluknya bukan merupakan lesen untuk ungkapan dengan niat menghina sesama makhluk.

Bahkan Rasulullah s.aw mempunyai akhlak yang sangat mulia yang sepatutnya menjadi ikutan orang beriman. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w berkata,

لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم سباباً ولا فحّاشاً ولا لعّاناً

Nabi sendiri bukanlah seorang yang suka melaknat, bukan orang yang suka memaki, mencerca orang, tidak (Nabi bukan begitu).

Memang benar 'ahli agama' mempunyai ramai pengikutnya yang hadir mendengar kuliah atau pengajian kerana merasakan mereka adalah orang yang mahir dalam bab agama.

Namun kadang² (tidak semua) ada yang merasakan dirinya betul dengan menafsir agama untuk kepentingan diri atau kelompoknya. Perkara ini telah pun berlaku bermula sahaja selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Justeru itu ada dua perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengubat 'penyakit' ini.

1. Ahli agama hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu² akhlak dan banyak sekali membaca sirah dan metod dakwah para Rasul dan Sahabat.  Melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas dan bukannya sempit dalam kelompoknya sahaja.

2. Para penuntut ilmu hendaklah menyemak latar belakang para 'guru' yang diambil ilmu darinya. Cuba belajar dari ramai guru yang mempunyai aliran atau pendekatan yang berbeza. Dengan cara ini barulah penuntut ilmu dapat melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas.

Lihatlah amaran Allah kepada yang suka berdusta,

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ

Maksudnya :Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
(Surah An Nur ayat 15)

Sedikit pandangan saya fakir. Moga kita terhindar dari golongan yang terperdaya dari tipu daya Syaitan.

Ust. Sabir
3hb Julai 2018
19 Syawal 1439H

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2