Berapa jauh dari Allah

Bagaimana nak tahu kita ini dah jauh dari Allah swt?

1⃣ Lihat solat kita- Adakah kita berkira-kira untuk solat 5 waktu. Bertangguh-tangguh sehingga saat akhir atau tertangguh hingga tidak buat?

2⃣ Lihat bagaimana keutamaan waktu kita- Adakah solat lebih utama atau layan FB/IG 2-3 jam itu paling utama?

3⃣ Lihat kualiti solat kita- Adakah kita buat dengan sangat khusyuk/ fokus sehingga kita dengar setiap bacaan kita atau kita terlupa berapa rakaat dah solat kita? Adakah ia tergesa-gesa janji ada?

4⃣ Lihat hidup kita- Adakah kita bangun sebelum suboh solat sunat atau kita langgar tidak solat setiap pagi?

5⃣ Lihat hidup kita- Adakah ia buat Allah swt gembira atau tidak berapa nak gembira? Lihat kita duduk bersama orang yang ingat Tuhan atau jauh juga dariNya.

Aurat kita, adab tutur bahasa kita, adakah kita sedikit sedikit marah? Atau kita sangat sedikit marah, boleh dikira setahun sekali - dua sahaja, bukan setiap hari dua puluh kali.

6⃣ Lihat berapa kerap kita pegang Quran dan membacanya?

7⃣ Lihat berapa kerap kita buat amalan2 sunat?

8⃣ Lihat masa kita dihabiskan untuk apa dan siapa?

9⃣ Lihat hidup kita rasa tenang atau sebaliknya tidak tenang

🔟 Lihat kasih sayang dalam keluarga- itu tanda nyata.

Astagfirullahalazim😔

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2