Mengawal diri
السلام عليكم
*Cara* *MENGAWAL* *SYAHWAT* (berahi/seronok)
Manusia tidak akan dapat kawal syahwat melainkan ada 2 perkara :
1. Rasa *TAKUT* pada الله
2. Rasa *RINDU* kesangatan pd الله
Ulama’ menggariskan 4 cara memelihara godaan Syahwat:
a. *BERPUASA*
Puasa terbaik ialah Puasa Nabi Daud a.s iaitu selang sehari , jika tidak mampu maka puasa Isnin & Khamis. Kalau tidak puasa langsung 1 mgu maka mudah tergoda dgn syahwat dan dipengaruhi syaitan.
Sempitkan pembuluh darah dari diserap masuk oleh syaitan dan lemahkan ia dgn puasa. Jika terlalu malas kena byk beristighfar.
Puasa mampu lemahkan bisikan Syaitan , namun Lebih kuat godaan syahwat dgn nafsu dan wanita.
Org martabat TAQWA sifatnya suka puasa dan makan sedikit. Taqwa berada di kedudukan lebih tinggi dari Mukmin dan Muslim. Sifat Org taqwa byk melakukan ibadat sunat (solat, tahajud dan puasa dll) bukan mengerjakan yang wajib saja.
Kisah Umar ra pernah tegur org yg buncit di pasar, krn kata org itu apabila ditanya kenapa kamu buncit?
Dia jawab" Ini Anugerah الله yg beri saya dpt makan byk”.
b. *Perbanyak* *baca* *AlQuran* (hayati & faham & belajar)
Setiap hari mesti rajin tatap Quran tanpa miss. Quran pemberi syafaat di Barzah dan teman alam kubur.
c) *PERBANYAKKAN* membaca :
لاحول ولاقواةالاباللهالعلي العظيم
d) *JAGA* *PANDANGAN* *MATA*
Tidak kira umur yg muda atau tua MESTI jaga pandangan.
Samada secara realiti , monitor TV, PC atau handfon !!
Org yg tidak jaga mata diyakini akan mati dlm keadaan su’ul khatimah (kematian buruk)
Begitu jg akibat pd org yg sgt suka mendengar muzik. Tidak dengar talkin ketika nazak.
Othman ra mampu mengecam mata yg tidak menjaga pandangan lalu menegur mereka.
Hendaklah teliti dlm urusan harian menjaga mata, palingkan pandangan dan jgn mengekori blkg wanita apalagi yg sifat menarik hatta yg berumur sekalipun.
Tabiat _menonton_ sesuatu yg _diharamkan_ menjurus pd sifat keji hatta bernafsu pd Ibu mahupun saudara kandung. Awas ketika sendirian !! krn ketika itu syahwat mudah tergoda.
Tidak akan dpt khusuk dalam beribadah (solah) org yg tidak jaga mata serta sukar bangun Tahajud.
Semoga الله pelihara kita dari Godaan Syahwat dgn panduan ini .
Dipetik dari tazkirah Subuh
Us Yudha AlFikri
Surau Nurul Ittifaq Tmn Pelangi AS
27.Julai.2018
Comments
Post a Comment