Rezeki datang tanpa sebab
Kisah Imam Malik dan Imam Syafie yang saya suka sangat sebab banyak pengajaran dalam cerita ni.....
Imam Malik, iaitu guru Imam Syafie dalam majlis menyampaikan.
“Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah nescaya Allah akan meberikan rezeki.
Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.”
.
Sementara Imam Syafie, anak muridnya berpendapat lain,
“Seandainya seekor burung tidak keluar dari sarangnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki.”
Guru dan murid berbeza pada pendapatnya.
Suatu hari, ketika meninggalkan pondok, Imam Syafie melihat serombongan orang sedang menanam anggur.
Dia pun membantu mereka.
Setelah selesai, Imam Syafie memperoleh hadiah beberapa ikat anggur sebagai balas jasa. Imam Syafie girang, bukan kerana dapat anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya.
Jika burung tidak terbang dari sarangnya, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tidak membantu menanam anggur tadi, sudah tentu dia tidak akan dapat anggur.
Bergegas dia menjumpai Imam Malik sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatnya, dia bercerita.
“Seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu, tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”
Mendengar itu Imam Malik tersenyum sambil mengambil anggur tersebut. Imam Malik berkata dengan perlahan,
“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok. Hanya mengambil tugas sebagai guru dan terdetik di hati.
Alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku boleh menikmati anggur.
Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. Bukankah ini juga sebagagian dari rezeki yang datang tanpa usaha?
Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah nescaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang mengurus lainnya.”
Guru dan murid itu kemudian tertawa.
Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadith yang sama.
Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja.
Maka disini terdapatnya dua pengajaran :
❤Orang yang tinggi ilmu dia takkan bergaduh hanya kerana perbezaan pendapat. Kerana semakin tinggi ilmu, semakin tawadduk diri.
❤Allah mengikut seperti sangkaan hambaNya. Jika kita sangka rezeki dapat dari usaha, Allah akan beri melalui usaha kita.
Jika kita sangka rezeki dapat tanpa usaha, Allah akan beri tanpa kita berusaha pun.
Cuma kita kena tahu tawakal kita dekat mana? Setelah melakukan amalan atau setelah berusaha secara fizikal?
Yang kita kena jaga, sangkaan kita yang datangnya dari HATI. Jaga-jaga dengan HATI.
HATI-HATI DENGAN HATI.
Comments
Post a Comment