Bersihkan hati

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Hati Bersih Hidup Bahagia*

Dlm mengharungi kehidupan seharian jgnlah kita melakukan perkara2 berikut :

✅. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.
✅ Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.
✅ Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
✅Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.
✅Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.
✅ Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.
✅ Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.
✅ Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.
✅Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.
✅Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama² kita Muhasabah diri...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup