Redho apa yang digapai

Dalam kehidupan ini, sebagai manusia, banyak cita2 dan impian kita. Namun, segala pencapaian itu tidak lebih bermakna dari impian mendapat kedudukan sebagai hamba Allah yg soleh. Itulah impian insan2 yg istimewa di atas muka bumi ini. Demikianlah yg Allah beritakan dalam kitabNYA.

Kedudukan, harta, nama dan jawatan di dunia ini terhad. Tidak semua kita yg akan dapat menggapai itu semua. Namun, kedudukan sebagai hamba Allah yg soleh terbuka untuk semua. Namun, tidak ramai yg berusaha menggapainya.

Ingatlah doa Nabi Yusuf a.s setelah beliau mendapat kedudukan yg tinggi dalam hidupnya. Ini seperti yg Allah ceritakan dalam al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 101:

(۞ رَبِّ قَدۡ ءَاتَیۡتَنِی مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِی مِن تَأۡوِیلِ ٱلۡأَحَادِیثِۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِیِّۦ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ تَوَفَّنِی مُسۡلِمࣰا وَأَلۡحِقۡنِی بِٱلصَّـٰلِحِینَ)
(makasudnya)
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan masukkanlah daku bersama orang-orang yang soleh".

Itulah kemuncak pengharapan Nabi Yusuf. Semoga itulah juga kemuncak pengharapan kita.
~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup