Sibukkan diri
Apabila kita sibukkan diri , luangkan banyak masa untuk mencari akhirat, nanti di alam barzah, diyaumul mahsyar kita akan senang.
Apakah aktiviti2 mencari akhirat yang kita boleh join?
1) Menghadiri majlis-majlis ilmu (belajar Al Quran, tajwid, iqra', dengar tazkirah kuliah-kuliah Agama). Kata Nabi s.a.w bila kita duduk di dalam majlis-majlis ilmu umpama berada di dalam taman-taman Syurga.
2) Ziarah orang sakit , kata Nabi s.a.w bila kita ziarah orang sakit umpama berada di dalam kebun-kebun Syurga.
3) Permudahkan urusan orang-orang yang susah, anjurkan program-program infaq. Kata Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat."
4) Bantu orang lain untuk mereka faham Agama, samada belikan dia buku2 Agama, sharekan ilmu2 yg shahih serta bawa dia ke majlis-majlis ilmu. Kata Nabi s.a.w, "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
5) Banyak membaca Al Quran ketika kesorangan. Kata Nabi s.a.w, "Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya, diakhirat nanti dia akan bersama para malaikat yang mulia.
Kesemua hadith-hadith yang kongsikan di atas adalah hadith yang shahih.
Di dalam kehidupan ini, cara hidup kita adalah kita yang decide. Kalau masa kita hanya di penuhi dengan hal2 yang lagho seperti byk main games, melancong, shopping, jalan2, mengembara dan sebagainya, walaupun ia tidak salah maka hadamlah bahawa ia amat-amat merugikan masa hadapan akhirat kita, kerana ketika itu kita tidak lagi diberi ruang untuk memperbaiki amal.
~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR
Comments
Post a Comment