Berahsia dalam beramal
Tazkirah dari hati ke hati Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
*AMALAN HANYA ANTARAKU DAN ALLAH.*
Ada AJK sebuah masjid beritahu Ustazah.
Pada setiap minggu ada seseorang yang menghantar ratusan pek makanan dan minuman di majlis kuliah ustazah...
Sudah bertahun dilakukan tetapi pihak masjid tak kenal pun siapa orangnya...
Hanya pekerjanya sahaja yang datang.....
Dan tidak juga diberitahu namanya......
Masya Allah cemburunya mendengar....
Jika kita......
Dah sibuk berdiri depan bungkusan makanan dan minuman untuk berselfie dengan iringan catatan.....
Sumbangan untuk jemaah masjid hadiri kuliah dhuha.
Lepas tu......
Kira like like like like....
Akhirnya like like like like...
Jugalah yang kita dapat.
Ada banyak nama yang tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit....
Orang- orang bijak selalu menyembunyikan kehebatan amal mereka....
Cukup yang tahu dia dan Allah Yang Maha Mengetahui.
Renung- renungkan.
Comments
Post a Comment