Sebarkan ilmu dengan penulisan

Kata-kata semangat untuk terus menulis

๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡
Sebarkan Ilmu Dengan Penulisan
========

1. Menulis atau menyebarkan ilmu diruang media sosial adalah jalan paling mudah untuk mendapatkan pahala yang tidak terputus. Lebih ramai orang mendapat manfaat darinya, lebih banyak pahala kebaikan buat kita. Pesan al-Imam Ibn al-Jauzi:

ู…َู†ْ ุฃًุญَุจَّ ุงู„ุงَّ ูŠَู†ْู‚َุทِุนَ ุนَู…َู„ู‡ُ ุจَุนْุฏَ ู…َูˆْุชู‡ ูَู„ْูŠَู†ْุดุฑْ ุงู„ุนِู„ْู… ุจِุงู„ุชَّุฏْูˆِูŠْู† ูˆَุงู„ุชّุนْู„ِูŠْู…

"Barangsiapa yang inginkan agar (pahala) amalannya tidak terputus selepas kematiannya, maka hendaklah dia menyebarkan ilmu samada dengan penulisan mahupun dengan pengajaran." (Kitab al-Tazkirah)

2.  Al-Imam Ibn al-Jauzi (M597H) dikatakan menulis hampir dua ribu jilid penulisan. Kekuatan ilmu yang dikuasainya menyebabkan ribuan penganut agama lain memeluk Islam atas usaha ilmu dan dakwah beliau. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23)

3. Manakala al-Imam al-Khattabi pula menganggap, penulisan ilmu adalah suatu kemuliaan buat dirinya. Kata al-Khattabi: 

ูƒุชุงุจูŠ ุฃุนุฒ ุดูŠุก ุนู„ูŠ

"Kitabku (penulisanku) adalah sesuatu yang perkara yang paling mulia disisiku."

4. Justeru, sebarkanlah ilmu buat masyarakat. Utamakan diskusi yang membina minda, jiwa dan perilaku pembaca. Mudah-mudahan dengan walaupun dengan usaha yang sedikit, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan mengampunkan dosa kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2