Amalan murah rezeki
TETAP TERSENYUM WALAU POKET KOSONG
Apabila kita tidak berduit, tetaplah senyum seperti biasa, kerja seperti biasa dan jalani hidup ini semampu yang ada. Sebab kita perlu sentiasa 'maintain' muka rezeki. Kalau kita tunjuk muka bermasalah, asyik cerita masalah, timbulkan masalah, rezeki pun lari. Sebab orang tidak mahu berada dekat dengan kita. Oleh itu, senyumlah.. bahagiakan hati sendiri.
Amalan murah rezeki hari ini (1)Berpagi-pagi bangun dan bekerja
(2)Berzikir - tasbih 33x, tahmid 33x dan takbir 34x.
(3)Lakukan solat dhuha.
(4)Banyakkan beristighfar.
(5)Banyakkan berselawat.
(6)Tunaikan hajat orang.
(7)Beri makan haiwan.
(8) Banyakkan bersedekah.
(9) Eratkan dan jalin silaturahim dengan berlapang dada dan bermaaf-maafan.
(10)Amanah, jujur dan ikhlaskan hati dalam bekerja dan berniaga.
Insyaallah semoga ALLAH limpahkan rezekinya atas kita semua dari sumber yang tidak disangka-sangka.. Aamiin.
Comments
Post a Comment