Ucapan balas

ucapkan Jazakallah  

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status: Hadis Hassan

Pengajaran:

🍃 Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal.

🍃 Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur.

🍃 Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.

🍃 Moga Allah memperbaiki akhlak kita . Jazakallahu khairan pada yang membaca.

Tambahan :

Ucapan : 
👜 Jazakallah khairan kathira (untuk seorang lelaki)
👜 Jazakillah khairan kathira (untuk seorang perempuan)
👜 Jazakumullah khairan kathira (untuk ramai)

🍃 Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu 


Jawab :
👜 Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)
👜 Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)
👜 Wa iyyakum (untuk ramai.
= Dan ke atas kamu juga

Wallahualam..

🍃 Jom kita biasakan yg dh terbiasa . moga ada manfaat bersama

@studyroom777

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2