Tiga musibah setiap hari

.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

*3 MUSIBAH KITA SETIAP HARI*

Saudaraku...
3 musibah yg sering menimpa kita setiap hari.. tapi seringkali kita mengabaikannya..

1⃣ Musibah Pertama... (UMUR)
UMUR kita yg terus berkurang setiap hari. 
Tetapi kita tidak pernah cemas. Namun apabila harta kita yg berkurang kita cemas dan risau tak menentu. Padahal harta yg hilang itu akan diganti. Sementara umur kita yg hilang tidak akan ada gantinya.

2⃣ Musibah Kedua.. (HARTA)
Setiap hari kita hidup dan makan dgn rezeki Allah. Kita seronok dan gembira dgn rezeki yg kita guna dan kita terus lalai dan lalai…padahal kita tahu bahawa setiap rezeki yg halal itu bakal dihisab dan yg haram pula bakal diazab. 

3⃣ Musibah ketiga....(AKHIRAT)
Kita sedar sebenarnya setiap hari kita sedang melangkah mendekati akhirat dan dlm masa yg sama sedang menjauhi dunia. Tetapi kita sering lupa dgn akhirat yg kekal malah perhatian kita hanya lebih kpd dunia yg fana (sementara) dan melupakan tujuan akhir hidup kita.

Bagaimana akhir perjalanan kita kelak ?
Apakah kita akan menjadi penghuni syurga yg penuh dgn keindahan dan kenikmatan atau menjadi penghuni neraka yg penuh dgn segala azab dan seksa?

Wallahua'lam..

Semoga Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tujuan terbesar hidup kita dan tujuan akhir hidup kita.

Semoga Allah hindarkan kita semua dari neraka-Nya, dan menjadikan rumah abadi kita adalah syurga-Nya, 

Aamiin..
.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2