Posts

Showing posts from June, 2023

Meminta kecukupan

Image
ZIKIR AGAR DICUKUPKAN KEPERLUAN DUNIA & AKHIRAT Allah SWT Berfirman, didalam " Surah At Taubah ayat : 129 " : - حَسْبِيَ الله لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرشِ الْعَظِيمِ.؛(١٢٩) ".. Hasbiyallahu la ilaha illa huwa alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-arsyil-azhim." ".. Cukuplah hanya Allah sebagai Tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Dia, kepada-Nya lah aku bertawakal, dan Dia-lah Tuhan pemiliki Arsy yang agung.” (QS, At Taubah, ayat : 129) Abu Darda Radhiyallahu Anhu, yang meriwayatkan hadits ini mengatakan, “Dibaca sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan segala kepentingannya.” (HR. Abu Daud, no : 5081، Sahih) AAMIIN... semoga bermanfaat...

10 hari awal Zulhijjah

Assalamuaaikum semua. Utk di kongsi bersama. Ceramah FB Dtk Ustazah  Fatma Zahrah pd  hari Jumaat 16hb Jun 2023 ---- 10 days challenge utk diri sendiri & semua. ---- Amat disarankan agar kita mengambil peluang 10 hari istimewa ini utk beriktikaf di rumah. To do list dari 1 hingga 10 Zulhijjah utk yg tidak melaksanakan Ibadah Haji thn ini. 1. TAUBAT Solat Taubat atas segala kesalahan. Allah suka pd org yg bertaubat & Suci. 2. TASOLUH (Saling memperbaiki diri)  Pastikan tiada perasaan marah, kecil hati dgn sesiapa shj. P/S : Tak halal org Islam yg tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari = Lawan nafsu. 3. PULANG KAN HAK ORG - Jgn jadi zalim. Allah akan sentiasa kabulkan hak2 org yg teraniaya. Jika kita ada lakukan perkara yg tak betul, mohon maaf. 4.BERBUAT BAIK PD IBU BAPA Jgn membuat ibubapa terasa dgn perlakuan kita, sentiasa bersikap  rendah diri, hormat, kasih, berbicara manis dan tidak meninggikan suara pd mereka.  Ada segelintir ibu bapa yg tidak begit...

Perihal neraca timbangan

Image
. Neraca yang adil Walau kecil sebesar zarah Pasti akan diambilkira Tiada yang teraniaya Oleh Yang Maha Menghitung . .

Merasai mati

Image
. Tiada daya upaya Sebagai hamba yang lemah Terima setiap ketentuan Yang telah tertulis .

Semuanya adalah hamba

Image
. Hebatnya Allah Besarnya Allah Segala puji hanya bagi Allah . Usah mendabik dada Usah merasa kebal Usah menjunjung diri Semua yang ada Akan kembali kepadaNya Sebagai hamba .

TARBIAH RAMADHAN

Image
 RAMADHAN SEBAGAI TEMPOH LATIHAN Puasa adalah latihan untuk menjadi orang bertakwa. Sebenarnya puasa itu adalah satu proses latihan untuk manusia menjadi orang yang bertakwa selepas Ramadhan. Bila proses latihan seminggu tak cukup. Kalau 60 hari latihan, terasa berat pula. Latihan tak boleh terlalu pendek, tak boleh terlalu panjang juga. Latihan macam mana? Puasa bermaksud menahan diri. Latihan yang perlu dilakukan adalah berhenti buat perkara haram sepanjang masa dengan cara berhenti buat perkara halal. Kita katakan "menahan diri", unsur yang mana di dalam diri kita? Unsur yang ada di dalam diri kita adalah NAFSU. Nafsu sifatnya sentiasa mengajak kepada kejahatan/keburukan. "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." AlQuran - Surah...

Doa hari Jumaat

Image
 DOA PAGI JUMAAT 20 ZULKAEDAH 1444H                                  اعوذ بالله من الشيطان الرجيم.. بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين.. سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم.. ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم. رب زدنا علما وارزقنافهما                             Ya Allah Ya Rahman... Ya Raohiim.... Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya yaa Allah ,,, Berikanlah kesembuhan untuknya ,,, Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan ,,, Ya Allah Yaa Razzaq Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah ,,, Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki ,,, Ya Allah Yaa Qawwiy Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam...

Jumaat hari berselawat

Image
 Sabda Rasulullah ﷺ: إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي “Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” (HR Abu Daud)