Posts

Showing posts from October, 2023

9 luka batin yang tidak dirawat

Dari Prof Muhaya Channel Rujukan: 9 luka batin 9 tanda luka batin yang tidak dirawat. 90% manusia ada penyakit ini: saya tak cukup bagus. saya tak cukup disayangi. pengalaman harian dgn orang2 sekeliling akan menyerap masuk ke dalam minda segar. tak dirawat. tak sedar ada luka batin. tak pernah ambil berat. luka batin menghasilkan trauma dalam diri. sesuatu keburukan yang berlaku kepada kita. cth. kehilangan orang tersayang, dikecewakan. bila kita tahu penyakit apa, kita boleh mencari ubat. tak jadi nak marah, tak menghukum. tanyakan soalan: apa jadi pada awak? VS  kenapa awak jadi macam ni? tiada orang yg tak baik, cuma yg gembira dan tak gembira. bila ada gembira, beri gembira dan dapat pula gembira. "saya ok". tapi disorok/simpan di dalam jiwa. yang kata ok tu, sebenarnya tak ok. LUKA BATIN YANG TIDAK DIRAWAT: 1. tidak suka kpd perubahan, kebaikan atau positif. - yg sukanya bergosip. yang buruk2, memburukkan 2. semua perkara mesti dirancang ikut caranya. - tak fleksibel. -

Perihal Qarin

Image
Ada caranya menghalang Syaitan pelbagai peranannya Untuk menghasut dan menyesatkan Dekatkan diri Dengan kitab yang mulia .

Sebaik-baik Pentadbir

Image
. . . Surah Asy-Syuura Ayat 12 Surah Asy-Syuura Ayat 19 Surah Asy-Syuura Ayat 27

Alam semesta kurniaan Allah

Image
. . Aturan Allah Kurniaan Allah Kepada makhlukNya Siang untuk bekerja Malam untuk berehat .

Hakikat diri kita

Image
Yang nak dibawa pulang ke akhirat itu, tak perlu mahal. Kain putih sikit.. Kapas sikit.. Wangi-wangian sikit.. Kalau susah nak dapatkan 'perfume', cuma carik-carikkan daun pandan.. Dapatlah wangi sekejap tubuh kita. Kayu papan pun, perlukan sikit.. Dapatlah 'lindung' jasad kita sebelum 'ditutup' dengan tanah. Mereka yang hadir menziarahi jenazah kita.. Ada yang menangis sekejap. Ada yang saling bercerita kita mati sebab apa. Ada yang saling berkenalan sesama mereka. "Dari mana?" "Saudara ke?" "Kawan?" "Kerja apa?" Selesai kita dikebumikan.. Yang bersembang, akan terus bersembang. Yang berkumpul, ada juga yang akan buka topik baru untuk teruskan lagi sembang. Kita? Tinggallah jasad kita sendirian di bawah tanah. Ruh sudah terpisah dengan alam dunia. Nampak macam dekat. Atas tanah, mereka yang masih hidup. Bawah tanah, kita yang telah tinggalkan alam dunia. Dekat, tapi jauh. Sudah ada 'pembeza'. Kerana, barzakh itu s

IKIM.FM - Hentikan stigma kesihatan mental

Image
TOPIK PAGI | Hentikan Stigma Kesihatan Mental @IKIM.FM Rujukan: link ke u-tube sudah ada peningkatan kesedaran ttg kesihatan mental topik, isu dan keluarkan pejuang2 kesihatan mental. stigma masih lagi berleluasa. eg miskin bandar, cerok kampung. - perkhidmatan kesihatan mental, maklumat tak sampai. - masih banyak perlu dilakukan utk orang ramai. stigma: kalau hidup dengan penyakit mental, kita takkan sembuh. sebenarnya - kita boleh hidup dgn penyakit mental, boleh sembuh. definisi sembuh = adalah terus hidup kalau tak makan ubat, - merbahayakan, - mencederakan diri sendiri, - gila. bagaimana hidup dgn penyakit mental dan how to handle: kemudahan education pengangkutan perumahan tanda2 ketara ada isu kesihatan mental: - perubahan tingkahlaku - perubahan pemikiran cth. dari periang jadi pendiam Q - pelajar baru masuk Uni. ada yg sekian lam sudah ada masalah kesihatan mental tak diagnos sbb tinggal di rumah. kaunselor di uni jumpa semua pelajar baru untuk beri kesedaran. A - tabik spring

Tolak kejahatan dengan baik

 TOLAK KEJAHATAN DENGAN BAIK 1. Jangan jadi Tuhan dengan sentiasa mempersoalkan keikhlasan pada kebaikan yang dibuat oleh orang lain. Dan jangan jadi syaitan yang sentiasa mencari dan menyebarkan kejahatan orang lain.  2. Paling penting, jangan buat kerja syaitan atas nama Tuhan. Pada kebaikan orang lain, doakan keikhlasannya. Namun, jika tidak mampu berbuat begitu, diam adalah lebih baik.  3. Jangan hasad, usah iri hati. Gembiralah atas kebaikan walaupun bukan tangan kita yang melakukannya. Pada kejahatan orang lain, jika sudah terbukti, cegahlah, namun pastikan berpandukan adab dan syariat.  4. Jika masih samar, jangan sebar. Usah mengintip-ngintip. Tabayyunlah terlebih dahulu. Jangan jadi Tuhan dan jangan jadi syaitan. Tapi jadilah hamba Allah yang sentiasa meraih kebaikan. 5. Firman Allah: "Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila kamu berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seo

Mintalah yang terbaik

Image
"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,  dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" Surah Al-Baqarah ayat 216 Agak popular ayat ni. Asalnya ayat ini tentang keperluan pergi berperang. Secara fitrahnya, manusia tidak suka berperang. Namun sebenarnya ada kebaikan dari berperang itu, kerana dengan peranglah agama Islam tersebar. Dalam kehidupan hari ini, bagaimana aplikasi kita? Bila berdoa, mintalah yang terbaik untuk diri sendiri, sesuai dengan keadaan diri. Kerana apa yang Allah beri itu pastilah yang terbaik untuk diri. Baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk diri sendiri. Begitu juga sebaliknya.

Perihal rahmat Allah

Image
Jangan putus asa Dengan rahmat Allah Kerana Dia tahu Makhluknya lemah Ada saja salah dan silap Ada yang melampaui batas Namun sekiranya Kamu kembali Menyedari kesalahan diri Dia sentiasa menunggu Maha Pengampun Maha Mengasihani . .