Tolak kejahatan dengan baik

 TOLAK KEJAHATAN DENGAN BAIK


1. Jangan jadi Tuhan dengan sentiasa mempersoalkan keikhlasan pada kebaikan yang dibuat oleh orang lain. Dan jangan jadi syaitan yang sentiasa mencari dan menyebarkan kejahatan orang lain. 


2. Paling penting, jangan buat kerja syaitan atas nama Tuhan. Pada kebaikan orang lain, doakan keikhlasannya. Namun, jika tidak mampu berbuat begitu, diam adalah lebih baik.


 3. Jangan hasad, usah iri hati. Gembiralah atas kebaikan walaupun bukan tangan kita yang melakukannya. Pada kejahatan orang lain, jika sudah terbukti, cegahlah, namun pastikan berpandukan adab dan syariat. 


4. Jika masih samar, jangan sebar. Usah mengintip-ngintip. Tabayyunlah terlebih dahulu. Jangan jadi Tuhan dan jangan jadi syaitan. Tapi jadilah hamba Allah yang sentiasa meraih kebaikan.


5. Firman Allah: "Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila kamu berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib." (Fussilat: 34)


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2