Mintalah yang terbaik




"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 

dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu"

Surah Al-Baqarah ayat 216



Agak popular ayat ni.

Asalnya ayat ini tentang keperluan pergi berperang. Secara fitrahnya, manusia tidak suka berperang.

Namun sebenarnya ada kebaikan dari berperang itu, kerana dengan peranglah agama Islam tersebar.


Dalam kehidupan hari ini, bagaimana aplikasi kita?

Bila berdoa, mintalah yang terbaik untuk diri sendiri, sesuai dengan keadaan diri.

Kerana apa yang Allah beri itu pastilah yang terbaik untuk diri.

Baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk diri sendiri.

Begitu juga sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2