Kisah anak Pal3stin

*Hīnd: Kisah Sayu dari Bumi Ghazzah*

Ini kisah duka dan sayu dari bumi Ghazzah. Seorang anak kecil bernama Hīnd keluar dengan kereta ke tempat yang lebih selamat bersama sepupu dan bapa saudaranya.

Tiba-tiba ada kereta kebal datang menyerang dan menembak kereta yang dinaiki oleh Hīnd.

Layan, sepupu kepada Hīnd sempat menelefon ibu Hīnd dan berkata: "Ada kereta kebal di sini dan ia sedang menembak kami!"

Kedengaran bunyi jeritan dan teriakan. Tiba-tiba talian telefon terputus dan kesemua yang di dalam kereta terbunuh, kecuali Hīnd.

Kebetulan ada telefon bapa saudara Hīnd di situ. Kebetulan ibunya menelefon telefon itu lalu diangkat oleh Hīnd. 

Hīnd berkata: "Mama! Saya masih hidup! Layan dah syāhīd tapi saya masih hidup". 

Hīnd menyambung lagi: "Mama, jangan tinggalkan saya. Saya lapar, saya dahaga dan saya cedera."

Itulah perbualan terakhir Hīnd dengan ibunya. 

Bayangkan, Hīnd keseorangan dan kesejukan dalam kereta yang dipenuhi dengan mayat-mayat ahli keluarganya. 

Dikelilingi kereta kebal dan askar jahat dan kejam.

Kejadian ini berlaku kira-kira 4 hari lepas, namun masih tiada khabar berita mengenai Hīnd. 

Bagaimanalah agaknya nasib Hīnd? 

Adakah masih hidup atau juga sudah syāhīd?

Tatkala kita sedang melaksanakan pelbagai urusan di sini, janganlah pernah lupa akan saudara-saudara kita di sana. Jangan!

Abadikan mereka dalam setiap doa kita. Bantu mereka sedaya upaya kita.

Sebarkan kisah ini agar kisah saudara-saudara kita di sana tidak tenggelam di media sosial ini. 

Seluruh rakyat Malaysia harus tahu akan kisah sayu Hīnd ini.

_~CnP FB Usaid Subki_
_~3/2/2023_

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup