Hiasi Dirimu Dengan Sifat Malu

 

*Hiasi Diri Dengan Sifat Malu*

 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

 

Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.". *(HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan*

 

Pengajaran:

 

1.  Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala.

 

2.  Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk.

 

3.  Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka:

 

اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

 

“Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada di syurga. Sedangkan tindakan / ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka” 

*(HR Tirmizi No: 1932)*

 

*Hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu.*

Moga sifat malu yang ada sebagai ganjaran ke syurga. 

Jauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah neraka.


Semoga bermanafaat.

.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup