SIRI 2: Memahami bacaan dalam solat
===============
***** SIRI 2 *****
===============
SIRI 2:
Summary video hari ini:
cara betul berwuduk, doa2 berkaitan berwuduk.
@10:00
yg satu kali saja, sapu kepala.
yg lain semua 3 kali.
@12:00 Pengajaran:
1. Allah cipta kita.
2. Allah buka pintu hati utk wuduk dan solat.
dgn wuduk, Allah hapuskan dosa2 kita.
note: hanya dosa2 kecil saja.
Betapa Allah sayangkan kita!
adakah semua yg berwuduk dpt kelebihan ini? tidak.
cara berwuduk yg dapat pahala:
- ikut sunnah Nabi.
- wuduk dgn sempurna.
- di awal waktu.
nrzrsml
Sunnah basuh anggota wuduk hanya 3 kali, basuh kepala 1 kali.
Dosa kecil terhapus bila kita sentiasa perbaiki cara wuduk = wuduk sempurna.
Tanda dosa diampuni, kita mudah nak buat ibadah-ibadah.
@16:00
surah mutafifin ayat 13 & 14.
apabila dibacakan alquran, mereka berkata ini cerita dongeng orang dulu2. - ayat 13.
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. - ayat 14.
Surah Al-Mutaffifin ayat 13-14, orang musyrikin tuduh Quran cerita dongeng. Cerita dongeng = cerita direka = tiada faedah.
Susah nak solat
Susah nak baca Quran.
kenapa?
kalau solat sempurna, dosa berkurang. lebih mudah nak buat amalan.
@24:00
Punca orang tak dapat faedah dari membaca Quran kerana ada dosa.
anak2 lepas wuduk, tak baca doa. rupanya mak pun tak tahu.
@27:00 hadis ttg doa lepas wuduk:
kelebihan berwuduk dan baca doa lepas wuduk - boleh masuk mana-mana dari 8 pintu syurga.
kalau tak hafal, maknanya tak nak masuk syurga la tu.
ada lagi satu amalan, yg boleh masuk mana2 pintu syurga - khas utk perempuan.
solat awal waktu
puasa ramadan
taat kpd suami
menjaga maruah dan harta suami
@35:00
cara nak sapu kepala, sekali saja. dulu belajar sapu 3 kali.
afdhal yg menepati sunnah Nabi, hanya sapu sekali.
didik anak:
1. pastikan wuduk
2. pastikan doa lepas wuduk
3. solat di awal waktu
.
note:
- angkat tangan ketika doa adalah sunat.
- doa dlm bahasa apa pun boleh.
- Sentiasa tak angkat tangan waktu doa = tak menepati sunnah. Sebab Nabi SAW, kadang angkat, kadang tak.
@37:15 Johan demo sapu kepala.
yg belajar dulu - sapu sikit di hujung rambut dahi.
yg Nabi buat:
cara 1:
mesti ada air di tapak tangan. basahkan tangan.
dua-dua tangan, letak depan dahi, tarik ke belakang
ke depan semula,
jari telunjuk sekali pusing di lubang telinga.
cara 2:
basahkan tangan - sapu dahi, tarik ke belakang.
basahkan tangan lagi sekali - telinga.
sekali je dah cukup.
doa selepas wuduk:
doa 1:
asy hadu anla ilaha illallah
doa 2:
allahum maj 'alni minattawwabin
wa jal 'alni minal mutatohirin
doa 3:
subhanakallahumma wabihamdika
asy hadu anla ilaha illallah anta
astaghfiruka (aku minta ampun - dosa yg lepas)
wa atubu ilaik (aku bertaubat kpd Engkau - dosa yg akan datang)
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِك أشهد أَن لَا إِلَه إِلَّا أَنْت استغفرك وَأَتُوب إِلَيْك
Ani Mahmud
"Maha suci Engkau ya Allah, segala puji untuk-Mu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu." ~ HR. An-Nasa'i no. 30, sahih menurut Al-Albani
kenapa "minta ampun' pastu "bertaubat"
sbb kita sentiasa buat dosa.
@47:00
Ttg tayamum - bila perlu lakukan tayamum?
1. bila tak ada air.
2. ada air tapi anggota badan tak boleh kena air - luka parah yg memudaratkan bila terkena air.
3. tak cukup air - musafir ada air tapi air cukup utk minum saja.
kalau stroke/bedridden, masih boleh kene air, tak boleh tayamum.
tayamum mesti pakai debu.
Lepas tayamum pun baca doa yg sama.
kalau sakit di hospital, tak boleh terus tayamum.
terbaring atau bedriddden. tak boleh tayamum.
Q - kalau anggota badan bersimen.
A - basahkan tangan, sapu air itu ke anggota yg di atas simen itu.
cara tayamum:
1. tepuk debu - sekali saja
2. tgn kiri sapu pergelangan tgn kanan (bukan sampai siku)
3. tgn kanan sapu pergelangan tgn kiri
4. sapu muka. sekali saja. done.
bukan mcm berwuduk. tak perlu. sekali tepuk saja.
dlm Islam, mudah. tak sebab nak tinggalkan solat dan ibadah lain.
@57:00 baca dari buku.
Ttg cara angkat takbir.
Tertib masuk masjid - utamakan hak Allah.
1. solat tahiyatul masjid dulu.
2. bagi salam ahli masjid.
@1:04:00
orang yg solat 3 kali tapi tak betul juga. Nabi suruh dia solat kali ke4.
bila kamu nak solat, maka takbir. allahu akbar.
baca apa yg mudah drpd al-quran. al fatihah.
kemudian rukuk sehingga tomakninah. tenang.
kemudian bangun (iktidal) tomakninah. tenang.
kemudian sujud. tomakninah. tenang.
bangun dari sujud. tomakninah. tenang.
sujud semula.
@1:07:00
niat Nabi tak sebut pun.
niat dlm solat adalah rukun.
"bila kamu nak solat" - itulah niat.
@1:10:00 niat solat
baca niat"usolli..." hanya utk orang baru masuk Islam baru belajar saja yg perlu baca.
sepatutnya:
sesungguhnya setiap amalan mengikut niatnya kerana apa.
dan sesungguhnya bagi seseorang, apa yg dia niat.
Allah bukan nak tengok kita ada niat ke tidak ada niat, niat mesti ada,
Allah nak tengok kita niatkan amalan kita itu kerana APA.
Yg buat kerja, takde niat? orang gila.
cth.
sapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasul -
sapa yg berhijrah kerana dunia - dia dapat dunia.
@1:15:00
mcm mana makan nak dapat pahala?
1. baca bismillah
2. ambil yg dekat
3. jgn membazir
4. niat makan utk sihat dan boleh beribadat.
pentingnya niat - niat akan determine dpt pahala atau tak.
niat dlm hati. lintasan hati disertakan keazaman.
yg disebut di lidah, adalah lafaz niat.
cth.
solat subuh kerana apa.
- mak mertua datang, kena bangun tunjuk alim.
kene umrah kerana apa.
- nak tunjuk kat orang.
Syukur nikmat ilmu, dari sumber yg sahih.
surah al-bayyinah ayat 5:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
yg masuk neraka sbb solat tak ikhlas. bukan sbb takde niat.
Niat dah ada dah. tapi buat kerana apa?
Hadis:
ilmuan agama >> supaya dihormati oleh orang.
suka derma >> memberi supaya diangkat jadi dermawan.
mati dlm perang >> jihad supaya dikatakan pahlawan.
@1:26:00
gol manusia yg syaitan tak boleh kacau/tipu, iaitu orang yg ikhlas.
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(Al-Hijr 15:39)
Syaitan salahkan Allah sbb dia jadi sesat. strategi dia. padahal Allah bg pilihan utk sujud kpd Adam. Malaikat lain semua sujud. dia yg pilih tak nak sujud.
strategi syaitan:
1. amalan yg buruk nampak baik.
2. sesatkan.
eg. sedekah, pastu bg tau pd orang.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(Al-Hijr 15:40)
Senjata kita bukan byk ilmu, tapi ikhlas.
@1:33:00
done - siri 2 - on pentingnya NIAT.
belum masuk lagi TAKBIR.
teaser: kenapa sebut allahu akbar?
fikiran fokus besarkan Allah.
kalau masih fikir ttg dunia, ciri2 munafik, masih tak besarkan Allah.
ciri2 orang yg ikhlas:
1. tak harapkan pujian bila beramal.
kalau orang puji, tak bangga.
kalau orang kutuk, dia teruskan juga.
2. amalan depan orang dan belakang orang sama saja.
3. buat amal soleh dlm keadaan tersembunyi.
eg.
hantar WA, "salam subuh".
"hari ni aku baca quran 3 page".
bila buat ikhlas, ktia dapat apa? pahala di sisi Allah.
pujian suami tak perlupun tak apa.
ajar anak bersyukur pd Tuhan yg mencipta dulu.
tamat.
Comments
Post a Comment