Sebutlah nama Allah

Tazkirah hari ni - jumpa ayat-ayat yang menyentuh hatiku, surah al-ahzab ayat 41 - 44.



.

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

(Al-Ahzaab 33:41)


Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

(Al-Ahzaab 33:42) 


Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).

(Al-Ahzaab 33:43)


Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

(Al-Ahzaab 33:44)


Intipatinya:

Hanya dalam bab zikir sahaja Allah ‎ﷻ suruh kita ‘banyakkan’ amalan itu. 

Kalau solat ada waktu tertentu dan rakaat tertentu; 

kalau puasa ada hari tertentu; 

kalau Haji pun ada bulan dan tempat tertentu, bukan? 

Tetapi apabila Allah ‎ﷻ sebut zikir, Allah ‎ﷻ tidak hadkan bilangan dan tempat. 

Kenapa?


Ini adalah kerana zikir ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, 

tidak terhad kepada waktu dan tempat, 

malah tidak perlu untuk dalam keadaan suci pun. 

Kalau dalam hadas dan dalam junub pun, 

masih boleh berzikir (memang molek kalau dalam keadaan suci, tetapi ia bukan syarat).


Apabila dikatakan pagi dan petang, maksudnya sepanjang masa.

.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup