KONFLIK DI HARI RAYA

Saya terpanggil untuk mengetengahkan isu ini. 

Ada yang sampai tidak bertegur sapa, atau menyambung silaturrahim kerana harta pusaka.

Sebaiknya kita bersedia untuk melepaskan harta yang kita miliki sebelum kita meninggal dunia.

 

Ref #1:

Konflik di Hari Raya

14042025 | KONFLIK HARI RAYA, TUNTUT HAK PUSAKA | USTAZ BUKHARI SAFIAN

.

Sumber dari; Ustaz Bukhari Safian (Tiktok/IG/FB) 



Pusaka adalah harta peninggalan simati.

Nak uruskan harta pusaka, kena ada ilmu tentang faraid, wasiat, hibah dll.





STEP BY STEP - BILA BERLAKU KEMATIAN

Bila berlaku kematian, ada beberapa perkara yang perlu dibuat.

  1. Jenazah – urus dan kebumikan.
  2. Hutang simati – selesaikan hutang dengan Allah (haji, puasa, zakat) dan hutang dengan manusia (hutang, sewa).
  3. Harta sepencarian (izin pasangan).
  4. Selesaikan wasiat dari simati (jika ada) – wasiat untuk wakaf atau infaq harta simati kepada yang bukan ahli waris.
  5. Baki dari di atas, baru boleh difaraidkan.


SIAPAKAH YANG HARUS BUAT SEMUA INI?

Untuk kebumikan jenazah, biasanya waris atau jiran-jiran terdekat.

Untuk menguruskan harta, kene lantik pentadbir melalui peguam.

.

Q – boleh kah simati wasiatkan - rumah pusaka jangan dijual.

A – harta hanya pinjaman. Bila dah mati, harta itu jadi harta waris kita. Jadi waris yang tentukan siapa dapat. Lebih baik – tak ikut faraid nilai harta pun. Muafakat bertolak ansur sesama ahli waris.

.

Q – Ibu bagi rumah kepada abang. Adik buat baru dan disewakan.

A – rumah dah jadi rumah abang (hibah). Kalau ada dokumen hitam putih, senang abang nak tuntut. Kalau takde document, susah juga.

Sepatutnya mak hibah kat abang, buat dokumen hitam putih. Dalam kes ini, adik kena minta izin pada abang dulu. Abang redho ke tak?

.

Q – Apakah kesan makan harta haram?

A – hadis Nabi – berlaku pada perang Khaibar.

Bidaah ambik sehelai selendang dari musuh. Di tikam pedang dan meninggal.

Orang semua kata syahid, syurga untuknya.

Nabi tengok, Nabi kata tak, dia tak masuk syurga. Aku sedang melihat dia menyalakan api neraka kerana selendangnya.

Huhhh! Selendang je pun, boleh bawa ke neraka. Walaupun dah mati syahid.

.

Allah tak ampunkan dosa kita, kalau ambik hak orang. 

Dosa dgn Allah, Allah ampunkan. 

Dosa dengan manusia, kena minta ampun dengan orang itu sendiri. Mana nak cari di akhirat nanti?

.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kata-kata hikmah 2