Sebarkan kebenaran
Sekali lagi Isra3l laknatullah telah melakukan kekejaman yang tidak masuk akal terhadap wartawan mujahidin kita di Gaza…
Sedang kita nyenyak tidur malam tadi, saudara wartawan kita di Gaza hangus terbakar hidup-hidup.
Khemah wartawan sengaja disasarkan oleh pihak Zionis kerana mereka ingin menutup kebenaran.
Setelah kezaliman demi kezaliman dibongkarkan oleh wartawan Gaza, mereka cuba untuk membunuh seramai mungkin wartawan agar kebenaran dapat dikuburkan bersama jasad-jasad mereka.
Serangan ini telah mengorbankan seorang wartawan dan mencederakan sembilan wartawan yang lain.
Kenapa Isra3l mensasarkan wartawan mujahidin ini?
Kerana mereka tahu,suara kebenaran lebih berbahaya daripada peluru.
Mereka takut kebenaran akan membuka mata dunia dan membangkitkan jutaan hati manusia untuk melawan mereka.
Taktik ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah.
Di zaman tiadanya media sosial, para taghut telah mensasarkan pembunuhan para pemidato dan pendakwah yang menyedarkan umat.
*Syeikh Ahmad Yassin* ,lumpuh tubuhnya, tetapi lidahnya tajam umpama pedang, pengaruhnya menyala seperti media al-Jazeera.
Kerusi rodanya bergerak dari masjid ke masjid demi menyampaikan risalah perjuangan dan membakar semangat rakyat Gaza untuk bangkit.
Akhirnya, beliau gugur syahid diserang jet Zionis ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.
Satu pembunuhan dilakukan demi menutup sebuah kebenaran.
50 tahun sebelum itu…
*Hasan al-Banna* dibunuh di Mesir.
Kenapa?
Kerana beliau menulis dan berpidato dengan penuh kekuatan.
Di zaman tiada Facebook, tiada Twitter, mahupun TikTok, beliau berjalan dari bandar ke bandar dalam masa satu hari.
Menyampaikan ceramah kepada rakyat Mesir tentang penjajahan dan perhambaan moden.
Setiap minggu juga,beliau menulis di surat khabar nasional.
Akhirnya tercetuslah revolusi menumbangkan penjajah dan Raja Farouk.
900 tahun sebelum itu lagi..
Ketika Perang Salib, Baitulmaqdis jatuh ke tangan Tentera Salib.
Dunia Islam diam dan sepi.
Tiba-tiba, seorang qadi dari Khurasan, *Abu Sa‘ad al-Harawi* telah muncul di Baghdad.
Selama 3 minggu beliau bermusafir dari Syam demi menyampaikan berita kezaliman tentera salib yang menjajah Baitul Maqdis.
Tanpa serban, dengan kepala dicukur licin sebagai tanda berkabung, beliau menerpa masuk ke dewan Khalifah al-Mustazhir Billah sambil menjerit lantang, diiringi pengikutnya yang turut bercukur kepala.
Beliau melangkah ke tengah dewan dan dengan suara seorang khatib, beliau menggegarkan seluruh istana dengan kata-kata yang tajam:
“Bagaimana kalian boleh lena dalam bayangan keselamatan, sedangkan darah umat tumpah di bumi Syam?
Apakah bangsa Arab rela dihina?
Apakah bangsa Parsi sanggup menerima kehinaan?”
Beliau tidak membawa pedang.
Tidak membawa panah.
Beliau hanya membawa suara…
Tetapi suaranya itu telah menggegarkan Baghdad dan diabadikan di dalam sejarah.
Dari suara itulah bangkitnya ruh jihad yang kemudiannya melahirkan tokoh-tokoh seperti Nuruddin al-Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.
*Wartawan-wartawan Gaza hari ini mewarisi lidah al-Harawi, semangat Hasan al-Banna, dan keberanian Sheikh Ahmad Yassin*.
Mereka tahu, dalam zaman ini kebenaran adalah peluru yang paling tajam.
Sebab itu musuh takutkan mereka.
Mereka telah bersusah payah berjihad di Gaza demi melaporkan kebenaran kepada kita.
Kini tibalah giliran kita.
Kita tidak boleh pergi ke Gaza.
Kita tidak boleh memikul kamera di medan perang.
Tetapi apa yang kita boleh lakukan hari ini ialah menyebarkan kebenaran yang telah mereka rakamkan dengan darah dan nyawa.
Kita sebarkan barisan huruf kebenaran dengan niat jihad.
Seperti yang ditulis oleh sasterawan Abbas Khidr:
“Di zaman Perang Salib, sebahagian ulama merasa lemah untuk turun ke medan perang.
Maka mereka menjadikan pena sebagai pedang.
Mereka menulis tentang jihad dan membangkitkan semangat umat dengan sejarah para pahlawan Islam yang dahulu.”
(Adab al-Muqawamah – Abbas Khidr, rahimahullah)
Di zaman media sosial, kita tidak perlu berjalan jauh untuk menyedarkan umat Islam.
Satu klik, satu hantaran, satu perkongsian boleh menjadi sebab terbukanya hati manusia.
Sebarkan.
Viralkan.
Gunakan setiap medium untuk menjadi lidah kepada kebenaran.
Kerana dalam zaman penuh kezaliman ini, diam itu bukan emas.
Diam itu satu pengkhianatan.
اللهم اجعل أقلامنا سهامًا في نحور الظالمين، ونورًا لمن في الظلمة، وصيحةً توقظ النائمين، وجعلنا ممن يكتبون في سبيلك، لا رياءً ولا سمعةً، بل نصرةً لدينك وعبادك المستضعفين
_“Ya Allah, jadikanlah pena-pena kami seperti anak panah yang menusuk ke leher-leher para zalim, cahaya bagi mereka yang dalam kegelapan, dan jeritan yang membangunkan mereka yang sedang lena._
_Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan yang menulis di jalan-Mu, bukan kerana riya’ atau mencari nama, tetapi demi menolong agama-Mu dan hamba-hamba-Mu yang tertindas.”_
Cnp:
https://www.facebook.com/share/p/1AGJs2iTyc/
Comments
Post a Comment